Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Senarai Penerima Bantuan RM150 Bulan Mac

Senarai Penerima Bantuan RM150 Bulan Mac 2024 – Terdapat juga pelbagai jenis bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Salah satunya adalah apabila Kerajaan setuju untuk meneruskan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Bantuan Awal Persekolahan BAP RM150

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) diberikan dengan kadar RM150 secara ‘one-off’ kepada murid Darjah 1 sehingga Tingkatan 5.

Bagi tahun 2024, bantuan ini melibatkan peruntukan lebih RM788 juta berbanding RM450 juta tahun lalu.

Ia berobjektif  untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan akan datang.

Pembayaran BAP

Pembayaran BAP dibuat melalui pihak sekolah kepada murid sama ada secara kredit terus ke akaun atau pengambilan tunai.

Pembayarannya telah pun bermula sejak bulan Januari lalu. Akan tetapi, menurut Portal Rasmi Belanjawan 2024 –  untuk pelajar baru Tahun 1 dan Tingkatan 1, pembayaran BAP akan dibuat pada bulan Mac 2024.

Dalam perkembangan lain, pihak Kerajaan juga menaikkan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada RM784 juta berbanding RM625 juta tahun lalu.

Kenaikan juga diberikan kepada peruntukan elaun murid berkeperluan khas sebanyak RM199 juta berbanding RM181 juta pada tahun sebelumnya.

Senarai Penerima Bantuan RM150

Bagi pelajar baru Tahun 1 dan Tingkatan 1, pembayaran akan dibuat pada bulan Mac 2024. Pembayaran dibuat secara one-off (sekali bayar) sebanyak RM150.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan manfaat-manfaat Belanjawan 2024, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

The post Senarai Penerima Bantuan RM150 Bulan Mac first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Senarai Penerima Bantuan RM150 Bulan Mac

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×