Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Mohon Bantuan Am Persekutuan Maksimum RM350

Mohon Bantuan Am Persekutuan dengan kadar maksimum diterima sebanyak RM350 sekarang.

Pelbagai bantuan yang boleh rakyat Malaysia dapatkan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dimana sekiranya individu tersebut layak, mereka akan terima bayaran secara tunai setiap bulan.

BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Untuk makluman anda, pelbagai bantuan yang boleh anda dapatkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini. Antaranya adalah Bantuan Am Persekutuan (BAP 2024).

Bantuan ini diberikan kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

KADAR BAYARAN BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menetapkan dimana, setiap individu yang berkelayakan bakal menerima bayaran sebanyak :

  • Minimum : RM100
  • Maksimum : RM350

Catatan: Rakyat Malaysia yang layak akan menerima bayaran automatik secara setiap bulan.

SYARAT KELAYAKAN

Walaubagaimanapun, beberapa syarat kelayakan yang wajib untuk diketahui. Berikut adalah senarai kelayakan :

  •  Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain

CARA MOHON

Rakyat Malaysia yang ingin memohon, berikut dikongsikan langkah bagi memohon Bantuan Am Persekutuan ini :

  • Sila layari laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • muat turun borang permohonan.
  • Tekan pada ‘Daftar Permohonan Atas Talian’.
  • Daftar permohonan mengikut negeri.
  • Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  • Sila lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Hantar borang permohonan.

Untuk lebih jelas cara memohon, sila rujuk DISINI

Bagi yang telah melengkapkan borang Bantuan JKM, langkah-langkah untuk membuat semakan status layak atau tidak adalah seperti berikut:

Bagi yang telah melengkapkan borang Bantuan JKM, langkah-langkah untuk membuat semakan status layak atau tidak adalah seperti berikut:

  • Sila layaran web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Semakan Status Permohonan Bantuan JKM
  • Klik butang Semak : Semakan Status Permohonan Atas Talian
  • Masukkan No MyKad Ahli dan klik SEMAK!

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN

Setiap individu yang ingin memohon, pastikan anda lengkapkan senarai dokumen seperti dibawah :

  • Salinan MyKad Pemohon
  • Salinan MyKad ahli keluarga ni yang tinggal bersama
  • Salinan kad OKU / slip pendaftaran sementara OKU (jika kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
  • Salah satu bil utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)
  • JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  • JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
  • Borang Permohonan Bantuan OKU Pindaan 2019

The post Mohon Bantuan Am Persekutuan Maksimum RM350 first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Mohon Bantuan Am Persekutuan Maksimum RM350

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×