Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2024 akan diperbaharui dengan pemberian sumbangan sebanyak RM100 sebulan selama 12 bulan.

Manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi pembelian barang-barang asas di kedai runcit – Belanjawan 2024

Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sumbangan itu bagi membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas.

Dalam Belanjawan Madani 2023, isi rumah dengan lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, mendapat bantuan SARA tambahan RM600.

Manakala dalam Belanjawan 2024, bantuan ini diluaskan kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100/sebulan untuk 12 bulan melalui langkah yang sama – iaitu melalui MyKad.

Menurut laman web Kementerian Kewangan, bermula 2024, SEMUA penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berbanding hanya kategori miskin tegar yang layak bagi tahun 2023.

Kategori & Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2024

Dua kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasib dan JKM, dan sebagai contoh, kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari serta juga layak mendapat STR hingga RM2500 (bergantung kepada bilangan anak.

Kategori SARA 2024 Kadar Bantuan

  • STR Miskin RM1200
  • STR Miskin Tegar RM1200
  • STR Isi Rumah RM300
  • STR Bujang RM150

CARA SEMAKAN STATUS DI PORTAL MYKASIH

  1. Layari portal semakan di portal MyKasih : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=
  2. Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.

The post Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024 first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×