Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

E-TUNAI RM100 DEWASA DIKREDITKAN PADA DISEMBER

E-tunai RM100 Dewasa akan dikreditkan pada bulan Disember ini. Kerajaan akan menunaikan janji bagi bantuan e-tunai RM100 kepada penerima yang layak pada Disember ini, kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.

Bantuan e-wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya kepada Bernama, 19 Oktober 2023.

E-Tunai RM100

E-Tunai RM100 ini merupakan bantuan tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika Majlis Peluncuran Ekonomi Madani, Julai lalu. Ianya terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun keatas.

Bantuan RM100 ini juga akan diagihkan kepada golongan B40 & M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah dalam tempoh setahun.

Syarat Penerima Kredit e-Tunai RM100 Madani

Dalam kenyataan sebelum ini, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit Etunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah, dan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas

Kadar Bayaran

Setiap kelayakan penerima, individu tersebut akan menerima bayaran sebanyak :

  • RM100

Tarikh Penebusan

Kredit etunai RM100 kepada rakyat dewasa berpendapatan bawah RM100,000 setahun akan dilakukan pada Disember 2023. – Steven Sim

Selai itu, Steven ketika ditemuramah dalam program ‘Apa Khabar Malaysia’ terbitan Bernama TV berkata, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024 yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 akan memanfaatkan 700,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Beliau berkata, penerima yang layak akan menerima sumbangan berjumlah RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

The post E-TUNAI RM100 DEWASA DIKREDITKAN PADA DISEMBER first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

E-TUNAI RM100 DEWASA DIKREDITKAN PADA DISEMBER

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×