Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Biasiswa MAIWP Insentif Khas

Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang Universiti Awam dalam negara (UA) sudah dibuka untuk permohonan bagi pengambilan sesi 2023/2024.

Permohonan ini terbuka kepada pelajar ambilan baharu sesi 2023/2024 dan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam dalam negara.

Pemohon-pemohon yang berkelayakan bolehlah memohon bantuan ini sebelum tarikh permohonan ditutup.

Maklumat lanjut berkaitan permohonan Biasiswa MAIWP Intensif Khas Pelajar Cemerlang dinyatakan artikel di bawah.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan dibuka sehingga 6 November 2023 (Isnin).

Institusi Pengajian Awam Yang ditaja

  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Sains Malaysia (USM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  6. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  10. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  12. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)
  13. Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  14. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  16. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  17. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
  19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

21. Lain-lain Universiti yang diiktiraf sebagai Universiti Awam.

Bidang Pengajian Yang Ditaja

  • IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN KLINIKAL & KESIHATAN

Perubatan, Pergigian, Farmasi, Bioteknologi Perubatan, Audiologi, Optometri dan lain-lain yang berkaitan.

  • IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN SASTERA

Pengajian Islam (Semua Bidang) dan lain-lain yang berkaitan.

  • IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN SAINS SOSIAL

Perakaunan, Perbankan Islam, Undang-undang, Sains Teknologi, Teknologi Maklumat dan lain-lain yang berkaitan.

  • IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN KEJURUTERAAN

Elektrik, Elektronik, Kimia, Senibina, Ukur Bahan,Mekanikal dan lain-lain yang berkaitan.

  • ATAU

lain-lain bidang pengajian yang telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MOA)/Badan Profesional dan mematuhi hukum syara’.

Syarat -Syarat Permohonan

Syarat Asas

  1.  Beragama Islam;
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Sedang bermastautin di Wilayah Persekutuan (sekurang-kurangnya setahun).
  4. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal.
  5. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (ambilan sesi 2023/2024) dari mana-mana Universiti Awam yang disenaraikan.
  6. Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak/penaja.
  7. Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.
  8. Calon-calon kategori asnaf fakir dan miskin akan diberi keutamaan untuk menerima tawaran biasiswa ini.

Syarat Khusus

Pelajar Ambilan Baru Sesi 2023/2024

  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.30 keseluruhan atau
  • Memperolehi Jayyid Jiddan bagi keputusan keseluruhan dalam Siijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ; atau
  • Lulus peringkat Diploma / Matrikulasi / A-Level / Asasi / Foundation Studies dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.30 di akhir semester.

Pelajar Yang Sedang Mengikuti Pengajian

  •  Memperolehi keputusan peperiksaan semasa, sekurang-kurangnya PNGK 3.30 atau setara dengannya.

Calon-Calon Yang Tidak Layak Memohon

  1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan.
  2. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi / Pra-universiti / A-Level / O-Level atau yang setara .
  3. Pelajar yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.
  4. Pelajar yang sedang ditaja oleh badan penaja lain.
  5. Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan pengajian atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab-sebab tindakan disiplin.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat mulai 16 Oktober 2023 (Isnin) dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui pautan berikut:

  • BORANG BIASISWA DALAM NEGARA TAHUN 2023.pdf

Atau boleh didapati di pejabat MAIWP di alamat;

  • Kaunter Agihan Aras 3 Bangunan Bangunan Daruzzakah, No. 55, Jalan Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur:
  • Semua kaunter Pusat Agihan Zakat (PAZA)
  • Kaunter MAIWP Cawangan WP Putrajaya
  • Kaunter MAIWP Cawangan WP Labuan

Panduan Permohonan

  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke kaunter agihan zakat MAIWP di ibu pejabat MAIWP Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan atau di mana-mana cawangan Pusat Agihan Zakat (PAZA) di Wilayah Persekutuan.
  • Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL dan TEPAT.
  • Borang permohonan secara ONLINE (muat turun) mestilah dicetak menggunakan kertas berwarna PUTIH.
  • Sila pastikan borang permohonan diisi dan dilampirkan dengan dokumen yang LENGKAP. Borang permohonan yang TIDAK LENGKAP tidak akan diproses.
  • Hanya calon-calon yang berjaya selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan Bagi Skim Bantuan Biasiswa MAIWP (Insentif Khas Pelajar Cemerlang)

Sila pastikan semua keperluan dan dokumen yang dikehendaki adalah LENGKAP seperti berikut:

  1. Dua keping gambar berukuran pasport pelajar berlatar belakang warna putih. (menutup aurat bagi wanita).
  2. Satu salinan kad pengenalan pemohon (Ketua Keluarga) & Pelajar 
  3. Satu salinan kad pengenalan suami/ ayah, isteri/ ibu dan tanggungan/ surat pengangkatan JPN/ akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin/ bekerja)
  4. Satu salinan penyata gaji/ pencen/ PERKESO/ surat akuan sumpah pendapatan TERKINI Suami/ Ayah dan Isteri/ Ibu/ pengesahan pendapatan suami/ ayah dan isteri/ ibu *yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan Sahaja*) 
  5. Satu salinan surat perakuan nikah.
  6. Satu salinan surat perakuan cerai/ prosiding mahkamah TERKINI/ pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkhawinan dan Pembangunan Keluarga JAWI (BPPK) TERKINI.*
  7. Satu salinan sijil peperiksaan SPM (Wajib)/ STAM/ Salinan Transkrip Penuh/ Salinan Sijil Diploma Qiraat yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, JPA, KPT dan Universiti Al-Azhar.
  8. Satu Salinan sijil kematian ibu/ bapa/ suami/ isteri.*
  9. Satu salinan kad memeluk Islam.*
  10. Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon/ tangguangan.*
  11. Surat pengesahan sakit kronik pelajar/ pemohon/ tangguangan dari hospital kerajaan sahaja.*
  12. Satu salinan bil utiliti / cukai pintu TERKINI.
  13. Satu salinan surat tawaran belajar pemohon/pelajar ke IPT/ Slip Pengesahan Permohonan melalui KPT/ Surat Tawaran belajar dari KPT.
  14. Satu salinan Pengesahan Pengajian/ Kad Pelajar/ Surat Tawaran bagi tanggungan yang belajar di IPT.
  15. Satu salinan buku akaun bank pelajar (KECUALI Tabung Haji, ASB, Ar-Rajhi & Agro Bank) 
  16. Salinan sijil-sijil kurikulum, ko-kurikulum dan dokumen sokongan yang berkaitan.*
  • *jika berkenaan* PERHATIAN ***Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diterima dan diproses.

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan biasiswa boleh dibuat pada hari bekerja melalui talian: 03-26399000 sambungan 20407/ 20408/ 20413/ 20415/ 20410 (Unit Pendidikan, Bahagian Agihan Zakat).

Sumber: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 

The post Biasiswa MAIWP Insentif Khas first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Biasiswa MAIWP Insentif Khas

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×