Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Permohonan Baru STR 2024 Dibuka Bulan Depan

Permohonan Baru STR 2024 dibuka pada bulan depan November 2023. Belanjawan Madani 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023 lalu.

Belanjawan Madani 2024 ini melibatkan peruntukan tertinggi yang pernah dibentangkan iaitu RM303.8 bilion untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

Pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024: –

STR 2024

Bagi bantuan STR 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkannya daripada RM3,100 kepada RM3,700 untuk isi rumah dan daripada RM350 kepada RM500 untuk golongan belia.

Pihak Kerajaan meningkat peruntukan untuk STR daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion. Malah, STR 2024 juga dijangka akan memanfaatkan 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa negara ini.

PERMOHONAN BARU STR 2024

Berdasarkan ucapan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, permohonan baru STR 2024 akan dibuka seawal November 2023 dan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Bagi pembayaran pertama STR 2024, ia akan dilaksanakan sebelum bulan Ramadan tahun hadapan dengan kadar bagi isi rumah sebanyak RM500.

“Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR),” kata Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

TARIKH BAYARAN

Seperti yang anda tahu, kebiasaannya kadar bayaran bagi fasa pertama bantuan tunai ini maksimum RM300 saja, pada tahun hadapan ianya akan dinaikkan sebanyak RM500 bermula :

  • Februari 2024

JUMLAH BAYARAN

Perdana Menteri sentiasa mengambil kira dengan beban kewangan yang terpaksa tanggung. Oleh itu, bayaran bantuan tunai ini telah dinaikkan kepada :

  • Isi Rumah : RM3100 kepada RM3700
  • Bujang / Belia : RM350 kepada RM500
  • SARa : RM100 (6 bulan) kepada RM100 (12 bulan)

Jika dilihat bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARa), tempoh bayarannya pun akan berjalan selama 12 bulan. Sebelum ini, tempohnya hanya berjalan 6 bulan sahaja.

The post Permohonan Baru STR 2024 Dibuka Bulan Depan first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Permohonan Baru STR 2024 Dibuka Bulan Depan

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×