Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Intipati Belanjawan 2024

Intipati Belanjawan 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat, jam 4 petang tadi.

Ia adalah belanjawan kedua dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar, yang juga Menteri Kewangan.

Tumpuan Utama Belanjawan 2024

Tiga tumpuan utama Belanjawan 2024:

  • Pertama: Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan
  • Kedua: Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan
  • Ketiga: Peningkatan Darjat Hidup Rakyat

Teras dan Fokus Utama Belanjawan 2024

Belanjawan 2024 adalah berteraskan kerangka Ekonomi MADANI yang merupakan fokus utama Kerajaan Perpaduan dalam memastikan kepentingan dan keperluan rakyat diambil kira selain memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Para penganalisis berpandangan, kos sara hidup rakyat, subsidi bersasar dan pengurangan hutang negara dijangka menjadi fokus utama dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan.

Perdana Menteri sebelum ini dilaporkan berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan akan terus mendapat peruntukan terbesar dalam Belanjawan MADANI 2024.

Laporan The Malaysian Insight ketika membuat tinjauan mengenai harapan rakyat di sekitar Lembah Klang menjelang pembentangan Belanjawan 2024 mendapati, selain mahukan insentif tunai untuk membantu mengurangkan kos sara hidup, rata-rata yang ditemui mahukan pemberian peruntukan yang adil untuk semua lapisan rakyat. 

Penjawat awam gred 56 ke bawah terima RM2,000

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 Kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Kadar maksimum bantuan STR dinaikkan kepada RM3,700

Kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dinaikkan kepada RM3,700 berbanding RM3,100 sebelum ini. Selain itu, kadar minimum STR bagi golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.

Harga lantai belian padi dinaikkan kepada RM1,300 satu tan

Kerajaan mengumumkan peningkatan harga lantai belian padi kepada RM1,300 satu tan berbanding RM1,200, kadar sejak 2014.

Cukai Perkhidmatan naik kepada 8 peratus

Kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar Cukai Perkhidmatan kepada 8 peratus, berbanding 6 peratus.

Rebat RM2,400 beli motosikal elektrik

Kerajaan memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah dengan pemberian rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli.

Berikut adalah intipati Belanjawan 2024:

1. Sumbangan Tunai Rahmah

Sumbangan Tunai Rahmah akan ditingkatkan peruntukannya kepada RM10 bilion (2023: RM8 bilion).

2. Rebat Bil Elektrik

RM55 juta peruntukan untuk rebat sehingga RM40 sebulan untuk bil elektrik kepada lebih 142,000 isi rumah miskin tegar. Bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri untuk 120,000 isi rumah miskin juga dikecualikan.

3. Dana tambahan i-TEKAD 

RM25 juta Dana tambahan i-TEKAD secara geran padanan dengan institusi kewangan memanfaatkan lebih ramai usahawan.

4. Pinjaman Mikro BSN

RM1.4 Bilion pinjaman mikro BSN untuk membantu menyediakan modal perniagaan, pembelian peralatan, premis serta pemasaran kepada penjaja dan pengusaha kecil-kecilan.

5. Pembiayaan Tekun

RM330 Juta kemudahan pembiayaan TEKUN kepada peniaga kecil, usahawan Orang Asli serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. RM30 Juta daripadanya disediakan khusus untuk membiayai perniagaan diusahakan masyarakat India.

6. Peruntukan Khas Untuk Wanita dan Anak Muda

RM720 juta peruntukan khas bagi menggalakkan golongan wanita dan anak muda menceburi bidang perniagaan.

7. Geran Pendigitalan

RM100 Juta Geran pendigitalan sehingga RM5,000 untuk manfaat lebih 20,000 usahawan PKS dan pengusaha mikro.

8. Program Payung Rahmah Diteruskan

Kerajaan menyediakan 200 juta Ringgit untuk meneruskan pelaksanaan Payung Rahmah.

9. Sumbangan Tunai Rakyat (STR) 

  • Kadar maksimum STR juga meningkat daripada 3,100 ringgit kepada 3,700 ringgit.
  • Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada 350 ringgit kepada 500 ringgit.
  • Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum 300 ringgit.
  • Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada 500 ringgit yang insya-Allah akan disalurkan sebelum Ramadan.
  • Kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.
  • Bayaran pertama sehingga 500 ringgit akan dibuat pada bulan Februari 2024.

10. Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat SARA kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima 100 ringgit sebulan untuk tempoh 12 bulan.

11. Intensif Khas Perkeso RM1500

Bagi menggalakkan majikan swasta menggaji golongan rentan, PERKESO akan menyediakan insentif khas sebanyak 1,500 ringgit sebulan selama enam bulan untuk menyokong kemasukan lebih 3,300 pencari kerja dengan peruntukan 30 juta ringgit.

12. Bayaran Ujian Memandu Lesen B2

Kerajaan bersetuju untuk terus menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk manfaat lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.

13. Topi Kaledar Percuma

Sebanyak 100 ribu topi keledar termasuk untuk kanak- kanak dibekalkan untuk diagih secara percuma kepada keluarga kurang mampu

14.FLYSISWA

Kerajaan Perpaduan telah memperkenalkan ikhtiar FLYsiswa iaitu bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman. Tahun hadapan, ikhtiar FLYsiswa akan diteruskan untuk manfaat hampir 60,000 pelajar daripada keluarga kurang mampu.

15. Had Caruman i-Saraan ditingkatkan kepada RM500 setahun

Had caruman padanan Kerajaan di bawah program i-Saraan KWSP ditingkatkan kepada 500 ringgit setahun terhad kepada 5,000 ringgit seumur hidup.

16. Had Caruman i-Suri ditingkatkan kepada RM300 setahun

Had caruman padanan Kerajaan di bawah program i-Suri KWSP ditingkatkan kepada 300 ringgit setahun terhad kepada 3,000 ringgit seumur hidup.

17. Kriteria Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Diperluaskan

Mulai tahun hadapan, Kerajaan bersetuju meluaskan kriteria pendapatan ibu bapa bagi permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) mengikut kadar pendapatan garis kemiskinan (PGK) 2,589 ringgit berbanding 1,500 ringgit sebelum ini. Peluasan syarat ini akan memberi peluang kepada tambahan 35 ribu lagi anak bangsa daripada keluarga kurang mampu untuk mendapat BKP.

18. Diskaun PTPTN diteruskan

Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024 dengan kadar berikut:

  • Pertama: Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
  • Kedua: Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan
  • Ketiga: Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

19. Yuran Pendaftaran Masuk Universiti dihadkan tidak lebih RM1500

Bermula Januari 2024, yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam dihadkan untuk tidak melebihi 1,500 ringgit. Ini supaya selari dengan nilai pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh PTPTN berjumlah 1,500 ringgit kepada semua bakal pelajar baharu yang layak.

20. SKIM PERUBATAN MADANI Diperluas

Skim Perubatan MADANI akan diperluas ke seluruh negara dengan peruntukan 100 juta ringgit yang akan memanfaatkan 700 ribu rakyat, dan meneruskan skim mySalam bagi tempoh dua tahun lagi. 50 juta ringgit disediakan untuk tuntutan kos peranti perubatan seperti stent untuk jantung.

21. Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Kerajaan akan menambah Skim Jaminan Kredit Perumahan sehingga 10 bilion ringgit untuk SJKP bagi memanfaatkan 40 ribu peminjam.

22. My50

Manfaat pas bulanan My50 akan diteruskan.

23. RM700 Sumbangan Khas Guru Kafa, Guru Takmir, Imam Bilal Soak dan Noja

Menghargai jasa dan peranan besar lebih 70 ribu guru takmir, guru KAFA, imam, bilal, siak, noja dan marbut di peringkat komuniti, Kerajaan bersetuju untuk memberikan sumbangan khas ditambah menjadi 700 ringgit yang akan disalurkan terus kepada mereka dengan peruntukan disediakan lebih 50 juta ringgit.

24. Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak 2,000 ringgit kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan 1,000 ringgit kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

25. RM1000 kepada Pesara Kerajaan dan Veteran Berpencen

Bayaran Insentif 1,000 ringgit turut dipanjangkan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen. Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Sumber: BERNAMA, Berita Harian

The post Intipati Belanjawan 2024 first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Intipati Belanjawan 2024

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×