Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Panduan Solat Sunat Dhuha Beserta Doa Dhuha Lengkap (JAKIM)

Panduan Solat Sunat Dhuha Beserta Doa Dhuha Lengkap (JAKIM)

Solat Sunat Dhuha merupakan salah satu Solat Sunat yang dituntut (solat sunat muakkad) untuk di lakukan bagi setiap umat islam.

Biasanya solat sunat ini dilakukan waktu pagi di antara waktu solat subuh dan zohor. Solat sunat ini dilakukan untuk menghapuskan dosa dan supaya murah rezeki. Banyak nas yang menyebut mengenai perkara ini.

Ini antara seperti yang disebutkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata:

“Kekasihku telah berpesan kepadaku terhadap tiga perkara. (Iaitu) berpuasa sebanyak tiga hari dalam sebulan, dua rakaat solat dhuha, dan supaya aku melakukan solat witir sebelum aku tidur.”— Riwayat Muslim

Berikut merupakan panduan ringkas lengkap dari JAKIM Cara mengerjakan Solat sunat Dhuha dan doa Dhuha untuk panduan semua.

Waktu Terbaik Solat Dhuha

Dhuha ” (الضحى‎) bermaksud “Waktu Pagi” atau “Cahaya Pagi”

Solat Sunat ini biasanya di lakukan bermula daripada terbitnya matahari (selepas waktu syuruk) sehingga sebelum tergelincir matahari.

Waktu terbaik untuk Solat Sunat Dhuha ialah ketika pasir menjadi panas disebabkan matahari sudah mulai terpancar terik.

Solat Dhuha yang dilakukan pada waktu ini disebut sebagai Solat Awwabin.

Ini berdasarkan hadis
صَلَاةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمِضُ الفِصَالُ

Maksudnya: Solat Awwabin ialah solat yang dilakukan ketika pasir (di tanah lapang) menjadi panas (kerana matahari sudah terik).

Bilangan Rakaat
Dilakukan dua rakaat paling sedikit, kemudian seterusnya empat, enam, lapan sehingga 12 rakaat paling banyak.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah,bilangan rakaat paling afdhal bagi Solat Sunat Dhuha adalah sebanyak 8 rakaat, berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani’ bin Abi Thalib R.Anha beliau berkata :

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ الْفَتْحِ صَلَّى سُبْحَةَ الضُّحَى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ يُسَلِّمُ مِنْ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ

Maksudnya : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melaksanakan solat dhuha pada hari Fathu Makkah (pembukaan kota Makkah) sebanyak lapan rakaat yang mana baginda memberi salam setiap kali selepas dua rakaat.

Riwayat Abu Daud (1290)

Imam Al-Nawawi berkata : Para ashab kami dan jumhur ulama berdalilkan dengan hadis ini dalam menyatakan istihbab (galakan) melakukan Solat Sunat Dhuha sebanyak lapan rakaat.

Cara solat Sunat Dhuha dan Doa Dhuha

Berikut adalah cara solat sunat tersebut dilakukan melalui facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM dan beberapa sumber lain:

1. Lafaz Niat

أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَي رَكْعَتَين ِللهِ تَعَاليَ

(Usollii sunnatadh-dhuhaa rak’ataini lillaahi ta’aalaa.)

Ertinya: ”Sahaja aku Solat Sunat Dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala.”

2. Membaca Surah Al-Fatihah

Setelah takbiratul ihram, baca surah al-Fatihah seperti biasa.

3. Membaca Surah

Ringkasnya, kita boleh membaca mana-mana surah yang dihafal dalam semua solat sunat.

Namun antara surah-surah yang dianjurkan ulama dalam solat dhuha ialah:

  • Ayat Kursi (Rakaat Pertama) dan Al-Ikhlas (Rakaat Kedua) atau;
  • As-Syams (Rakaat Pertama) dan Ad-Dhuha (Rakaat Kedua) atau;
  • Al-lail (Rakaat Pertama) dan Al-Insyirah (Rakaat Kedua).

Kemudian solat diteruskan seperti biasa sehingga cukup 2 rakaat.

4. Bacaan Semasa Sujud Akhir

Pada sujud akhir sebelum tahiyat akhir, boleh dibacakan zikir berikut:

Ini menurut hadis sahih dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata bahawa Rasulullah SAW, di mana diriwayatkan selesai solat Dhuha, baginda membaca doa Dhuha / mengucapkan,

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ

“Allahummagh fir lii wa tub ‘alayya, innaka antat tawwabur rahiim”

Ertinya: Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang) sampai baginda membacanya seratus kali.

(HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadis ini sanadnya sahih.)

Kita juga boleh membacakan doa dhuha ini:

اَللهُمَّ اِنَّ الضُّحَآءَ ضُحَاءُكَ،
وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ،
وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ،
وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ،
وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ.
اَللهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقَى فِى السَّمَآءِ فَأَنْزِلْهُ
وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَأَخْرِجْهُ
وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ
وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ
وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ
بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ
آتِنِىْ مَآاَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

Ertinya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Nescaya aku akan cukupkan bagimu di akhir siangmu.” 

[Riwayat al-Tirmizi (475) dan Abu Daud (1289)][Hadith ini dinilai hasan gharib oleh Imam al-Tirmizi. Adapun Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai sahih kerana perawi-perawinya adalah thiqah]

Akhir Kata

Semoga kita dapat sama-sama melaksanaka dan merebut peluang ini sementara masih sihat tubuh badan.

Yang penting adalah niat ikhlas untuk mendekatkan diri kepada Allah dan melaksanakan solat ini dengan penuh khusyuk.

The post Panduan Solat Sunat Dhuha Beserta Doa Dhuha Lengkap (JAKIM) first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Panduan Solat Sunat Dhuha Beserta Doa Dhuha Lengkap (JAKIM)

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×