Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Peraturan Cermin Gelap JPJ 2023

Peraturan Cermin Gelap Jpj, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan pemilik kenderaan persendirian supaya mematuhi peraturan pemakaian cermin gelap seperti yang diwartakan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (Pindaan 2019).

PERATURAN PENGGUNAAN CERMIN GELAP JPJ – Peraturan Ketelusan Cahaya (VLT)

Pemandu atau pemilik berdaftar kenderaan yang melanggar peraturan cermin gelap boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6bulan bagi kesalahan pertama.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan berkata, bagi sabitan berikutnya pula, denda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, Kementerian Pengangkutan melalui JPJ pada Mei 2019 telah memperkenalkan peraturan baharu mengenai pemakaian cermin gelap kepada kenderaan persendirian.

  • Cermin Depan Kekal 70 %
  • Cermin sisi bahagian pemandu & cermin sisi penumpang hadapan kekal 50%

Facebook : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Permohonan Cermin Gelap JPJ

Mengikuti perkembangan terkini bagi tahun 2022, tidak semua rakyat Malaysia boleh sesuka hati memasang “tinted” di cermin kereta mereka.

Rakyat Malaysia yang bercadang menggunakan cermin tinted di kenderaan mereka perlu mengemukakan Permohonan terlebih dahulu kepada pihak JPJ dan berikut merupakan golongan yang layak membuat permohonan ini:

  1. Permohonan Berasaskan KESIHATAN
  2. Permohonan Berasaskan KESELAMATAN

Permohonan Berasaskan KESIHATAN

  1. Pemilik kenderaan syarikat atau persendirian yang memohon perlulah menghantar bersama laporan perubatan asal oleh Pakar Perubatan dari Hospital Kerajaan/Swasta
  2. Pemohon perlulah membawa bersama borang daftar Syarikat 24 dan Form 49 (bagi Syarikat) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang berdaftar
  3. Bagi permohonan jenis ini,Fi Permohonan dan Fi Kelulusan tidak dikenakan ke atas mereka

Permohonan Berasaskan KESELAMATAN

Bagi permohonan jenis ini, pemohon perlu membawa bersama dokumen-dokumen berikut untuk permohonan:

(i) Kenderaan milikan persendirian individu / persendirian syarikat:

  1. Dokumen sokongan seperti laporan polis atau lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan risiko keselamatan yang di hadapi (bagi individu)
  2. Borang daftar Syarikat 24 dan Form 49 (bagi Syarikat) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang berdaftar
  3. Fi Permohonan sebanyak RM 50.00
  4. Fi Perakuan Kelulusan sebanyak RM 5,000.00 setelah mendapat surat makluman keputusan permohonan kelulusan penggunaan cermin gelap

(ii) Kenderaan milikan Kerajaan/sewaan Kerajaan:

  1. Surat permohonan daripada Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Pengarah Jabatan;
  2. Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00) Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00

(iii) Kenderaan milikan kakitangan Kedutaan / Kedutaan:

  1. Surat permohonan daripada Kedutaan
  2. Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00
  3. Fi Perakuan Kelulusan sebanyak RM 5,000.00 setelah mendapat surat makluman keputusan permohonan kelulusan penggunaan cermin gelap

Proses permohonan Cermin Gelap JPJ

  1. Bayaran Fi Permohonan (RM 50.00) – mana-mana pejabat JPJ atau secara atas talian di Portal Awam JPJ
  2. Permohonan akan disemak satu jawatankuasa kahas
  3. Surat keputusan akan dikeluarkan
  4. Setelah diluluskan, pembayaran Fi Perakuan (RM 5,000.00) perlu dijelaskan di mana-mana pejabat JPJ atau secara atas talian di Portal Awam JPJ.

Nota: Bagi urusan permohonan cermin gelap JPJ di pejabat JPJ, pastikan anda mendapatkan nombor giliran menggunakan JPJEQ bagi memudahkan urusan.

The post Peraturan Cermin Gelap JPJ 2023 first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Peraturan Cermin Gelap JPJ 2023

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×