Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cara Semak Saman Online

Cara Semak Saman Online; Dalam era digital yang semakin pesat, kemudahan akses kepada perkhidmatan dalam talian telah memberikan banyak kelebihan kepada masyarakat.

Salah satu kemudahan ini adalah kemampuan untuk Semak Saman trafik secara online.

Dengan menggunakan perkhidmatan ini, individu boleh dengan mudah memeriksa dan menguruskan kesalahan trafik mereka tanpa perlu menghadiri pejabat trafik fizikal.

Cara semak Semua Saman AES PDRM,JPJ Online Dan SMS

Cara Semak Melalui SMS

PDRM menyediakan saluran mudah untuk semak saman trafik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Cara Semak Saman melalui SMS :

Taip POLISSAMAN[No Kad Pengenalan atau No plat kenderaan]pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 32728 atau 15888.

  • Contoh:POLIS SAMAN 881111122111atau
    POLIS SAMAN WWW1234
  • Untuk jawapan terperinci, sila taip mesej seperti berikut:
    POLISSAMAN[No Kad Pengenalan atau No kenderaan][email] dan hantark ke 32728. Perincian saman anda akan dihantar ke alamat email yang disertakan.
    Contoh:POLIS SAMAN 881111122111 [email protected]

* Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap SMS yang di hantar dan 20 sen untuk setiap SMS yang diterima
Mudah bukan.Semoga bermanfaat jangan lupa share untuk yang ada saman PDRM dan cara nak semak.

Penyemakan  saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS:

1) Taip JPJ your IC Number and send to 37773
Contoh: jpj 45556734000 hantar ke 37773
2) Taip JPJSAMAN[No Kad Pengenalan atau No kenderaan] pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.

  • Contoh:
    JPJ SAMAN 882181142111atau
    JPJ SAMAN WBW436

Senarai Kadar Kompaun Saman

Polis

  1. Tiada Lesen Kend Motor RM150
  2. Pandu Guna Alat Komunikasi RM150
  3. Tidak Pamer “P” Depan/ Belakang RM70
  4. Potong Secara Bahaya-Potong Q RM150
  5. Memandu Di Lorong Kecemasan RM300
  6. Kesalahan Lampu Merah RM150
  7. Halangan Lalulintas RM150
  8. Tak Boleh Buat Pusing U RM150
  9. Lampu Isyarat Kenderaan RM100
  10. Larang Letak Kenderaan RM150
  11. Larang Memotong RM150
  12. Tidak Pakai Topi Keledar RM100
  13. Melebihi Had Laju RM150 SUMBER : Laman Interaktif Trafik PDRM

Jenis Saman Trafik PDRM

Disini kami kongsikan 2 jenis saman trafik  PDRM yang diambil dari sumber LAMAN INTERAKTIF TRAFIK PDRM

  1. 1 Notis Saman POL. 170A   

Saman yang diisu samada secara postal atau diletak pada kenderaan (tidak diisu secara langsung kepada pesalah)
Apa Itu POL.170A?       

Pol. 170A ialah notis yang dikeluarkan di atas kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan tanpa kehadiran pemandu atau kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik tanpa ditahan oleh polis seperti perangkap laju dengan menggunakan LSD (Laser Speed Detecter) atau Laser Perangkap Laju dan RLC (Red Light Camera) atau Kamera Lampu Isyarat Merah.

Kesalahan-kesalahan yang boleh digunakan POL. 170A seperti berikut:-

  • 1.1  Meletakkan kenderaan menyalahi isyarat lalulintas.Seksyen 79 (2) APJ 1987
  • 1.2  Melakukan galangan tidak berpatutan di atas jalanraya. Seksyen 16(1) LN166/59
  • 1.3  Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan yang tidak selari dengan jalan. Seksyen 16(2) LN 166/59
  • 1.4  Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan rapat ke kiri/bahu jalan. Seksyen 16(2) LN166/59
  • 1.5  Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan bertentangan dengan aliran trafik di jalan sehala. Seksyen 16(3) LN 166/59
  • 1.6  Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki daripada simpang atau selekoh jalan. Seksyen 12 (2) LN 166/59
  • 1.7  Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 10 kaki daripada pili bomba. Seksyen 12(2) LN166/59
  • 1.8  Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki daripada pili bomba. Seksyen 12(3) LN166/59
  • 1.9  Meletakkan kenderaan di jalan yang mempunyai dua garisan, satu garisan bersambung  dan satu garisan putus-putus. Seksyen 17B(3) LN 166/59
  • 1.10 Meletakkan kenderaan di jalan yang mempunyai garisan bersambung/dua garisan, satu bersambung dan satu putus-putus. Seksyen 17B(3) LN 166/59
  • 1.11 Nombor pendaftaran kenderaan tidak dipamerkan mengikut undang-undang/tidak mudah dicam / tidak disuarkan mengikut peruntukkan undang-undang. Seksyen 14(4) APJ 1987
  • 1.12 Tidak mempamerkan Lesen Kenderaan Motor/Cukai Jalan. Seksyen 20(1) APJ 1987 pendua POl.170A yang telah ditulis itu dideraikan dari Pol.170A dan diletakkan pada wiper kenderaan atau di tempat duduk bagi motosikal.

1.2 Saman POL. 257 

Saman yang dikeluarkan secara langsung kepada pesalah trafik apabila kesalahan dikesan.

Apakah Itu Saman POL. 257 

POL. 257 boleh digunakan dalam keadaan berikut:-

  • 1.2.1  Diserahkan kepada mana-mana pemandu kenderaan/pengguna  jalanraya yang ada bersama- sama pada masa kesalahan itu dilakukan.
  • 1.2.2  Diserahkan kepada mana-mana pemandu kenderaan selepas selesai satu-satu siasatan ke atasnya dijalankan.
  • 1.2.3  Diserahkan kepada mana-mana pemandu atau tuanpunya kenderaan selepas tindakan susulan atau siasatan dijalankan ekoran dari pengeluaran NotisPOL.170A/170/171

JPJ

  • Muat turun senarai kadar kompaun dalam PDF

Cara Semak Saman Online

  • Pautan  Laman Web JPJ

Melalui Pautan  Laman Web JPJ samada dengan menggunakan No Kad Pengenalan sahaja ataupun No Kad Pengenalan dan No Plat Kenderaan. Navigation.

  • Semak Saman Trafik Polis (PDRM) – Semak Saman JPJ & Pembayaran Saman Melalui Online (Sistem MYeG)

Menggunakan kaedah ini lebih mudah untuk menyemak saman anda. Semua dalam satu halaman. Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah :
Anda boleh pergi ke > MyEG Services Berhad

Untuk Pengguna Berdaftar MyEG, anda boleh terus login dengan username dan password anda. Play.

Untuk Pengguna yang pertama kali, anda perlu daftar dahulu butir-butir diri anda sebelum anda boleh mula semak saman anda. Account number.
Tekan butang Daftar Sekarang (Register Now)

Borang akan keluar dan anda perlu isi segala butir-butir seperti yang di minta…
Kemudian anda boleh hantar

Setelah selesai anda boleh Log in menggunakan username dan password anda. Anda boleh pilih untuk Menyemak Saman yang mana satu samada semak saman JPJ atau semak saman trafik polis (PDRM)

Masukkan no plat kereta anda kemudian hantar. Serta merta saman akan keluar jika anda melakukan kesalahan. Anda boleh bayar menggunakan kad kredit. Jangan lupa print resitnya sekali sebagai bukti & simpanan

  • Untuk Pengguna Smartphone Android

Boleh download applikasi semakan saman di SINI

  • Melalui rilek.com

Boleh check saman free at RILEK website. RILEK stands for Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan

Laman ini boleh menyemak saman yang dikeluarkan oleh PDRM sahaja.

  • Masuk ke laman web : RILEK
  • Sila buat pendaftaran baru jika anda belum register lagi
  • Login masuk menggunakan nama dan kata laluan
  • Klik menu Dropdown “Search By” dan pilih kaedah semakan
  • Masukkan maklumat yang diperlukan dan tekan button “NEXT”
  • Bayaran saman boleh dibuat tetapi hanya untuk perbankan Internet Maybank, RHB dan CIMB

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk membuat penyemakan saman anda.Hati-hati di jalan raya,Patuhi undang-undang

The post Cara Semak Saman Online first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Cara Semak Saman Online

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×