Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Mohon Bantuan RM150 Untuk Belia Sekarang

Mohon Bantuan RM150 Untuk Belia, permohonan pada bulan Oktober telah dibuka, kerajaan bersetuju akan menyalurkan bantuan secara bulanan untuk belia Malaysia berumur antara 7 hingga 18 tahun bagi mereka yang layak.

Mereka yang berkelayakan akan menerima bayaran secara bulanan sebanyak RM150 sebulan. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KANAK-KANAK (BKK 2023)

Objektif utama bantuan ini dilaksanakan adalah :

  1. Membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga serta meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pengikut peringkatnya.
  2. Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kadan-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

BANTUAN RM150 SEBULAN

Berikut adalah jumlah bayaran Bantuan Kanak-Kanak yang akan diberikan :

  • Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :
    • RM200 seorang anak  berumur 6 tahun & ke bawah
    • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun
    • Kadar bantuan maksimum RM1000 / keluarga sebulan

TARIKH BAYARAN

Bayaran bantuan bulanan JKM biasanya dikreditkan pada awal bulan, iaitu sebelum 10 haribulan setiap bulan. Ini bermakan, bayaran bagi Bantuan Kanak-Kanak pun turut telah dikreditkan.

SYARAT KELAYAKAN

Sebelum anda memohon, sila teliti terlebih dahulu syarat kelayakan seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  • Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah mereka tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah
  • Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke atas, permohonan mereka boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Terdapat dua langkah untuk membuat permohonan bagi Bantuan Kanak-Kanak ini iaitu :

  • Secara Atas Talian
    • Sila ke portal rami JKM iaitu :  http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  • Secara Manual
    • Anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online sebelum ini
    • Dalam tempoh 14 hari selepas permohonan online di lakukan, sila hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut daerah yang anda telah pohon. 
    • Anda juga perlu hadir besama borang permohonan. Untuk muat turun borang, boleh klik pautan di bawah :
    • BORANG PERMOHONAN BANTUAN JKM
    • BORANG KEMASKINI MAKLUMAT

Senarai Pejabat JKM Negeri dan Cawangannya, sila rujuk di sini :

  •  SENARAI JKM NEGERI DAN CAWANGAN

DOKUMEN PENTING YANG PERLU DI SEDIAKAN

Sekiranya anda ingin datang ke Pejabat JKM, anda perlulah hadir bersama beberapa dokumen yang perlu anda sediakan :

  • Salinan MyKad pemohon
  • Salinan MyKad atau MyKid anak jagaan
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri
  • Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Bil utiliti semasa seperti ( AIr / Elektrik / Telefon / Astro)

The post Mohon Bantuan RM150 Untuk Belia Sekarang first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Mohon Bantuan RM150 Untuk Belia Sekarang

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×