Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bantuan BKP RM300 Telah Dikreditkan Pada 25 September

Bantuan BKP RM300 Telah Dikreditkan Pada 25 September, pihak Kerajaan Negeri Sabah telah memperkenalkan Bantuan Khas Penghargaan (BKP) sebanyak RM300.

Bantuan Khas Penghargaan RM300

Bantuan Khas Penghargaan (BKP) adalah bantuan tunai yang diperkenalkan untuk menghargai kategori berikut:

Bantuan tunai ini diberikan kepada semua Penjawat Awam Negeri berkenaan – termasuk:

  • para pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS);
  • pegawai yang bercuti bergaji penuh;
  • pegawai yang bercuti separuh gaji;
  • pegawai yang bercuti tanpa gaji;
  • pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.

Pada 10 Ogos lepas,  bayaran BKP sebanyak RM200 yang telah pun disalurkan kepada para pesara melalui Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

“Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jemaah Menteri Siri 13/2023 pada 30 Ogos 2023 telah bersetuju untuk memberikan BKP Penjawat Awam Negeri sebanyak RM 300 kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri.

BKP ini adalah bagi menghargai sumbangan dan sebagai suntikan semangat kepada Penjawat Awam Negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat,” petikan dari pekeliling.

Jumlah Bantuan

Kadar bantuan sebanyak RM300.

Cara Pembayaran

Bantuan tunai ini akan mula dikreditkan kepada yang layak pada 25 September 2023 dan secara kredit terus ke akaun penerima.

Bantuan ini adalah bagi menghargai sumbangan dan sebagai suntikan semangat kepada penjawat awam negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Sumber: Sabah Media.

The post Bantuan BKP RM300 Telah Dikreditkan Pada 25 September first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Bantuan BKP RM300 Telah Dikreditkan Pada 25 September

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×