Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

CARA SEMAK STATUS EKASIH 2023

Cara semak status Ekasih 2023, Sistem eKasih ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Secara ringkas, bantuan peruntukan daripada eKasih adalah untuk mereka yang miskin tegar.

eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.

Melalui komponen data dalam sistem eKasih ini, pengakses boleh:

  1. Membuat semakan status kemiskinan secara online
  2. Menyelaraskan maklumat bantuan
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

Selain tujuan di atas, data eKasih juga akan digunakan untuk pemberian bantuan skim i-Suri KWSP sebanyak RM480 setahun.

CARA SEMAK STATUS EKASIH

Bagi mengetahui sama ada nama anda tersenarai dalam data eKasih, semakan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut;

https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx

  • Masukkan nombor kad pengenalan (tanpa – ) contoh 850101012221
  • Klik untuk carian

Mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat berikut;

  1. Nama
  2. KIR / AIR
  3. Nama KIR
  4. Status Daftar
  5. Negeri
  6. Daerah

Terdapat dua kaedah untuk Semak Status Ekasih iaitu:

  1. ONLINE
    • Sebagai maklumat anda, semakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan yang berikut:
    • https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx
  2. MANUAL
    • Jika anda tidak mempunyai kemudahan internet, anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

TARIKH PEMBAYARAN EKASIH

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media memaklumkan tarikh pelaksanaan atau bayaran bagi penerima bantuan SARa ini adalah berbeza mengikut negeri masing.

Pelaksanaan SARA akan dibuat mulai Isnin 17 Julai 2023 bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia, manakala penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 7 Ogos 2023 seperti berikut:

Kedah, Pulau Pinang. Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu

  • Mulai 17 Julai 2023 (ISNIN)
  • Bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai-Disember 2023) secara automatik melalul akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor

  • Mulai 31 Julai 2023 (ISNIN)
  • Bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai-Disember 2023) secara automatik melalul akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

  • Mulai 7 Ogos 2023 (ISNIN)
  • Bayaran RM600 sekall gus pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

PANDUAN PENDAFTARAN EKASIH

Individu yang ingin mendaftar Duit ekasih boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui

  • telefon
  • surat
  • e-mel rasmi
  • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.

  1. PPN Perlis : 04-9731976
  2. PPN Kedah : 04-7209236
  3. PPN P.Pinang : 04-2185700
  4. PPN Perak : 05-2497400
  5. PPN Selangor : 03-55213600
  6. PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  7. PPN N.Sembilan : 06-7659945
  8. PPN Melaka : 06-3333333
  9. PPN Johor : 07-2234777
  10. PPN Pahang : 09-5178208
  11. PPN Terengganu : 09-6272000
  12. PPN Kelantan : 09-7455000
  13. PPN Sarawak : 082-446582
  14. PPN Sabah : 088-484800

Maklumat Yang Diperlukan Pendaftaran eKasih

Untuk memohon eKasih 2021, pemohon perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu:

  1. Butiran KIR dan AIR
  2. Lokasi
  3. Kediaman
  4. Pendidikan
  5. Kemahiran dan pekerjaan
  6. Harta
  7. Kesihatan
  8. Bantuan
  9. Pendapatan

*Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

SYARAT KELAYAKAN E-KASIH

Untuk pengetahuan anda seseorang akan layak apabila tergolong dalam yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 ( bagi bandar) atau RM1,000 ( bagi luar bandar) sebulan.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) merupakanpendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.

MAKLUMATLANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan eKasih 2022, anda boleh layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.

Selain itu juga, anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai yang dikongsikan di atas atau terus menghubungi ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan dan persoalan.

Pertanyaan melalui e-mel boleh dihantar kepada [email protected]

Semakan kelayakan SARA

  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
    Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia

  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

The post CARA SEMAK STATUS EKASIH 2023 first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

CARA SEMAK STATUS EKASIH 2023

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×