Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bantuan Am RM350 Seorang Untuk Golongan Terjejas

Bantuan Am RM350 Seorang Untuk Golongan Terjejas, Bantuan ini merupakan satu lagi bantuan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan dan terjejas.

Pada tahun 2023 pasti akan ada lebih banyak bantuan yang akan dilaksanakan khusus untuk mereka yang tidak dapat melakukannya. BAP atau dikenali sebagai Bantuan Am Persekutuan ialah bantuan tunai bulanan RM100 – RM350 di bawah pentadbiran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk maklumat lanjut, ikuti pertukaran di bawah.

BANTUAN AM RM350 BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Terdapat sembilan jenis bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Salah satunya ialah Bantuan Am Persekutuan.

Ramai yang tidak mengetahui tentang bantuan ini mungkin kerana ia jarang diiklankan kepada umum. Bantuan Am Persekutuan ialah bantuan kerajaan yang diberikan kepada individu dan keluarga yang layak melalui penilaian kelayakan.

KADAR BANTUAN

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menetapkan dimana, setiap individu yang berkelayakan bakal menerima bayaran sebanyak :

  • Minimum : RM100
  • Maksimum : RM350

Untuk makluman, bantuan ini akan di salurkan secara bulanan.

SYARAT KELAYAKAN

Walaubagaimanapun, bantuan ini bukanlah terbuka kepada semua golongan, ianya bergantung kepada beberapa kriteria kelayakan iaitu :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon adalah golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain. 

CARA MOHON

Berikut adalah beberapa cara mudah untuk mohon Bantuan Am Persekutuan ini :

  • Sila layari laman web JKM di https://ebantuanjkm.jkm.gov.my atau muat turun borang permohonan.
  • Tekan pada ‘Daftar Permohonan Atas Talian’.
  • Daftar permohonan mengikut negeri.
  • Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  • Sila lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Hantar borang permohonan.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN

Setiap individu yang ingin memohon, pastikan anda lengkapkan senarai dokumen seperti dibawah :

  • Salinan MyKad Pemohon
  • Salinan MyKad ahli keluarga ni yang tinggal bersama
  • Salinan kad OKU / slip pendaftaran sementara OKU (jika kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
  • Salah satu bil utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)
  • JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  • JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
  • Borang Permohonan Bantuan OKU Pindaan 2019

Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam dan had bantuan berbeza setiap negeri.

Maklumat lanjut dan pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini, sila dapatkan bantuan dengan menghubungi pegawai JKM yang bertugas di talian di bawah:

  • 03-8882 4666
  • 03-8882 9089

The post Bantuan Am RM350 Seorang Untuk Golongan Terjejas first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Bantuan Am RM350 Seorang Untuk Golongan Terjejas

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×