Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bantuan BKP RM300 akan dibayar hujung bulan ini

Bantuan BKP RM300 akan Dibayar Hujung Bulan ini. Pada September 2023 ini, pihak Kerajaan Negeri Sabah telah memperkenalkan Bantuan Khas Penghargaan (BKP) sebanyak RM300.

Bantuan BKP RM300

Bantuan Khas ini akan diberikan kepada semua Penjawat Awam Negeri berkenaan, berdasarkan perkara yang dinyatakan dalam pekeliling perkhidmatan negeri Sabah bilangan sembilan 2023 yang ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Safar Untong bertarikh 5 September 2023.

Pembayaran BKP juga diberikan kepada para penjawat awam dari kalangan pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS); pegawai yang bercuti bergaji penuh; pegawai yang bercuti separuh gaji; pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.

Dalam masa sama, dimaklumkan bahawa pesara kerajaan negeri turut layak menerima bayaran BKP sebanyak RM200 yang telah pun diberikan melalui Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pada 10 Ogos lalu.

“Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jemaah Menteri Siri 13/2023 pada 30 Ogos 2023 telah bersetuju untuk memberikan BKP Penjawat Awam Negeri sebanyak RM 300 kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri.

BKP ini adalah bagi menghargai sumbangan dan sebagai suntikan semangat kepada Penjawat Awam Negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat,” petikan pekeliling itu.

Tarikh Pembayaran

BKP akan mula dibayar kepada yang layak pada 25 September 2023 nanti secara kredit terus ke akaun penerima.

Bantuan ini adalah bagi menghargai sumbangan dan sebagai suntikan semangat kepada penjawat awam negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Kadar Bayaran

Jumlah bayaran bantuan BKP

  • RM300

Sumber: Sabah Media.

The post Bantuan BKP RM300 akan dibayar Hujung Bulan Ini first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Bantuan BKP RM300 akan dibayar hujung bulan ini

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×