Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

MySalam : Cara Tuntutan Dan Semakan Status

MySalam : Cara Tuntutan Dan Semakan Status. Bantuan ini bantu rakyat boleh mendapat bayaran harian sebanyak RM 50 sehari untuk 14 hari bersamaan dengan RM 700 setahun.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenan skim bantuan ini:

MySalam

Skim Perlindungan Masyarakat atau mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Skim Perlindungan Masyarakat atau Skim mySalam akan memanfaatkan 8 juta penerima daripada isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40% terendah (B40) Mereka yang menepati syarat yang ditetapkan akan mendapat bayaran harian sebanyak RM 50 sehari untuk 14 hari bersamaan dengan RM 700 setahun.

Melalui skim ini juga, penerima bantuan layak untuk mendapatkan perlindungan kesihatan sekiranya menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal seperti yang disenaraikan dalam laman sesawang rasmi MySalam dengan bayaran sebanyak RM 8,000 untuk sekali bayaran sahaja sehingga polisi takaful tamat.

Mengikut kemaskini yang terbaru,Kerajaan telah bersetuju supaya skim perlindungan mySalam diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mulai tahun 2022.

Ini termasuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang masih layak untuk menerima insentif Bantuan Keluarga Malaysia.

Syarat Kelayakan mySalam

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :

  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

Syarat umum lain:

  • Warganegara Malaysia;
  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2023 dari kalangan B40;
  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun.

Cara semak kelayakan mySalam

Semakan pendaftaran mySalam boleh di lakukan melalui dengan melayari laman web 

  • https://www.mysalam.com.my

Maklumat lanjut seperti kelayakan Skim, butiran manfaat, manfaat kelayakan, status tuntutan, senarai Hospital dan lain-lain anda semak di pautan yang di berikan.

Anda hendaklah Log In dengan menggunakan No kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).

Permohonan mySalam adalah berdasarkan penerima dan pasangan yang menerima Bantuan Sara Hidup tahun 2020.Jadi anda tidak perlu membuat sebarang permohonan.

Selain itu,anda boleh dapatkan bantuan atau pertanyaan di kiosk-kiosk yang ditetapkan seperti berikut:

Wilayah Persekutuan

  1. Hospital Kuala Lumpur
  2. Hospital Ampang
  3. Hospital Putrajaya
  4. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
  5. Institut Kanser Negara (IKN)

Selangor

  1. Hospital Selayang
  2. Hospital Kajang
  3. Hospital Serdang
  4. Hospital Sg. Buloh
  5. Hospital Kuala Kubu Bahru
  6. Hospital Banting
  7. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
  8. Hospital Tanjung Karang
  9. Hospital Sabak Bernam
  10. Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Perak

  1. Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
  2. Hospital Seri Manjung, Manjung

Pulau Pinang

  1. Hospital Umum Pulau Pinang
  2. Hospital Seberang Jaya
  3. Hospital Bukit Mertajam

Kedah

  1. Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
  2. Hospital Kulim

Perlis

  1. Hospital Tuanku Fauziah

Kelantan

  1. Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu
  2. Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian

Terengganu

  1. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
  2. Hospital Besut

Pahang

  1. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan

Johor

  1. Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
  2. Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
  3. Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar

Sarawak

  1. Hospital Umum Kuching
  2. Hospital Sibu
  3. Hospital Bintulu

Sabah

  1. Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu
  2. Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas
  3. Hospital Duchess of Kent, Sandakan

Cara Membuat Tuntutan

Tuntuan bayaran yang berjaya akan dikreditkan ke terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat melalui Pengendali takaful yang mengambil bahagian.

Terdapat dua tuntutan yang boleh di buat iaitu:

1.Tuntutan penyakit kritikal

Langkah 1:
Boleh terus pergi ke portal rasmi skim perlindungan kesihatan masyarakat b40 di pautan www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2:
Selepas login, sila cari butang ‘Download Form’ dan klik download ‘Critical Illness – Doctor’s Statement form’.Borang tersebut perlu diisikan selengkapnya oleh doktor yang melakukan rawatan terhadap anda.Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor

Langkah 3:
Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.

Langkah 4:
Masukkan maklumat lengkap anda klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik dokumen dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Anda boleh scan borang yang diperlukan untuk memudahkakan anda upload di bahagian Tuntutan.

Langkah 5:
Jika anda dah lengkapkan maklumat tersebut dengan lengkap dan scan,boleh klik borang ‘SUBMIT’ untuk lengkapkan proses membuat tuntutan.

2.Tuntutan hospitalisasi

Bagi pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian boleh dibuat seperti mana yang ditetapkan berikut:

  • Langkah 1: Layari Portal Rasmi MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
  • Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
  • Langkah 4: Log masuk ke Portal Rasmi MySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format pdf atau  jpeg
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Tempoh Proses Tuntutan

Biasanya proses tuntutan mengambil masa sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.Tetapi jika dokumen yang di berikan tidak lengkap mungkin akan mengambil masa lebih daripada itu.

Anda juga akan menerima SMS samada tuntutan anda diluluskan atau tidak.

Jumlah bayaran bergantung kepada jenis tuntutan anda.Wang akan dikreditkan berdasarkan borang permohonan anda.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran-saluran berikut:

Talian mySalam:  1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Emel: [email protected] 

The post MySalam : Cara Tuntutan Dan Semakan Status first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

MySalam : Cara Tuntutan Dan Semakan Status

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×