Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

MySTR Fasa 4 Bayaran Dikreditkan Sehingga RM1,200

MySTR Fasa 4 Bayaran Dikreditkan Sehingga RM1,200 kepada penerima STR, jumlah tertakluk kepada kategori dan bilangan anak. Seperti sedia maklum, kerajaan telah memaklumkan pembayaran akan mula diagihkan sebelum habis tahun ini.

MYSTR FASA 4

MySTR Fasa 4 Sumbangan Tunai Rahmah adalah pembayaran buat kali terakhir yang akan dibayar kepada rakyat Malaysia pada tahun ini. Pemberian fasa keempat STR ini dijadualkan bakal dikreditkan pada bulan NOVEMBER 2023.

Manakala kategori penerima sedia ada yang telah terima bayaran sehingga fasa 3 hanya akan terlibat pada fasa 4 adalah warga emas dan Isi Rumah. Bagi kategori bujang, bayaran telah selesai diberikan sehingga STR fasa ketiga.

Penerima STR yang berkelayakan juga turut menerima insiatif tambahan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah berjumlah RM600. Artikel dibawah mengenai jumlah kadar bayaran MySTR Fasa 4 mengikut kategori.

KADAR BAYARAN MYSTR FASA KE 4 MENGIKUT KATEGORI

Bagi kategori isi rumah (Keluarga) yang pendapatan bulanan di bawah RM2,500 (B40) akan menerima bayaran dari RM200 sehingga RM1,200.

  • Isi rumah tiada anak (RM200),
  • Isi rumah mempunyai 1-2 anak (RM600),
  • Isi rumah mempunyai 3-4 anak (RM900) dan
  • Isi rumah mempunyai 5 dan lebih anak (RM1,200).

Manakala bagi isi rumah (Keluarga) yang pendapatan bulanan di bawah RM5,000 (M40) hanya akan melibatkan 2 kategori sahaja. Iaitu:

  • Isi rumah mempunyai bilangan 3-4 anak (RM300) dan
  • Isi rumah mempunyai anak 5 dan lebih (RM500).

Untuk kategori warga emas sebatang kara berumur 60 tahun dan ke atas akan menerima bayaran RM200 seorang. Jumlah bayaran berikut adalah untuk mereka yang berjaya kredit dari STR fasa 1 hingga fasa 3.

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR

Kepada rakyat Malaysia yang menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun ini, anda boleh membuat semakan secara online. Untuk semakan status bayaran, sila ke laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

The post MySTR Fasa 4 Bayaran Dikreditkan Sehingga RM1,200 first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

MySTR Fasa 4 Bayaran Dikreditkan Sehingga RM1,200

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×