Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bantuan e-Dompet BINGKAS

Bantuan e-Dompet Bingkas adalah bantuan kewangan berbentuk e-Dompet dan dikreditkan setiap bulan. Semak maklumat lanjut.

BINGKAS bertujuan untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak jemu dalam menguruskan hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak, serta menangani wabak penyakit.

Bantuan e-Dompet BINGKAS

Bantuan e-Dompet BINGKAS atau lebih dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor adalah sebuah bantuan dalam bentuk e-Dompet dan diberi sebanyak RM300 yang dikreditkan setiap bulan kepada rakyat Selangor berkelayakan.

Bagi penerima yang layak, mereka akan menerima manfaat sepeti berikut :

  • Had pembelian RM300
  • Baki tidak dibawa ke bulan seterusnya.
  • Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan.
  • Boleh membeli barang keperluan asas dan perihal pendidikan (keperluan sekolah seperti buku).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

Cara Memohon

Untuk  yang menepati syarat-syarat kelayakan, BINGKAS boleh dimohon secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS.

Pemohon seterusnya perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan);
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

Penerima BINGKAS yang layak dan telah menerima kredit e-Dompet RM300 kemudiannya boleh membuat pembelian barangan keperluan di kedai-kedai di bawah program BINGKAS. Untuk tatacara lengkap cara menggunakannya:

  • sla rujuk DI SINI.

Maklumat Lanjut

Maklumat lengkap tentang BINGKAS boleh dirujuk Portal Rasminya DI SINI dan pendaftaran secara atas talian boleh dikemukakan DI SINI.

The post Bantuan e-Dompet BINGKAS first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Bantuan e-Dompet BINGKAS

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×