Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bantuan OKU RM300 Sebulan

Bantuan OKU RM300 Sebulan khas untuk menolong golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak berupaya untuk bekerja.

Bantuan OKU (Orang Kurang Upaya) RM300 sebulan ini adalah Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Bekerja (BTB) dimana ia bertujuan untuk menggalakkan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk terus tinggal bersama-sama dengan keluarga mereka.

KADAR BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB)

Jumlah kadar bantuan bulanan Bantuan Oku Tidak Berupaya Bekerja (BTB) adalah:

  • RM300 Seorang Sebulan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN KHUSUS BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB)

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan khusus Bantuan Oku Tidak Berupaya Bekerja (BTB):

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan keatas;
  • Pemegang kad Oku Tidak Berupaya (OKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
  • Tak berupaya untuk bekerja.
  • Pemohon bukanlah pelatih/penghuni Institusi kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); atau
  • Pusat Jagaan Harian/ Berkediaman yang menyediakan Perkhidmatan/ Kemudahan secara percuma; atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
  • Sumber kewangan bulanan individu Orang Tidak Berupaya (OKU) tidak melebihi daripada kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
    • Nota: Sumber Kewangan seperti Pencen/ Perkeso/ Bantuan dan lain-lain.

Pelaksanaan Bantuan Kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) diantara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub didalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

CARA MEMOHON BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB)

Pengendalian untuk permohonan bantuan kewangan dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ bahagian/ jajahan di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan proses siasatan untuk penilaian (means-tested) untuk mengesahkan tentang kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini adalah bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berlandaskan kelayakan dan bukannya hak.

Untuk melancarkan urusan pentadbiran, pemohon adalah diminta untuk membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ bahagian/ jajahan seperti:

  • Salinan Kad Pengenalan diri Pemohon
  • salinan Kad Pengenalan suami/ Bapa/ ibu/ Isteri/ Anak yang tinggal bersama
  • Salinan Sijil Kelahiran Anak-anak/ Ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan Penyata Gaji (Jika Ada), dan juga lain-lain dokumen yang berkaitan.

BORANG BERKAITAN BANTUAN OKU (BTB)

Berikut merupakan borang-borang yang berkaitan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB):

  • JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  • JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
  • Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB), sila layari laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di pautan berikut:

  • LAMAN SESAWANG JKM

The post Bantuan OKU RM300 Sebulan first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Bantuan OKU RM300 Sebulan

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×