Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Syarat Kelayakan Bantuan SARA RM600

Syarat Kelayakan Bantuan Sara RM600. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini disalurkan melalui bentuk bakul makanan secara baucar untuk barangan keperluan makanan asas.

Di bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada golongan B40 dan M40 yang berkelayakan.

Dalam masa sama, terdapat Penerima STR berkelayakan yang layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600.

Syarat Kelayakan Bantuan SARA

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan

Pembayaran SARA

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media memaklumkan tarikh pelaksanaan atau bayaran bagi penerima bantuan SARA ini adalah berbeza mengikut negeri masing.

Pelaksanaan SARA akan dibuat mulai Isnin 17 Julai 2023 bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia, manakala penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 7 Ogos 2023.

Berkenaan dengan cara pelaksanaan lebih lengkap, ini adalah maklumatnya:

  • Penerima daripada Semenanjung Malaysia (Selain Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan)
    • Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
    • Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
    • Bayaran RM600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.

Penerima yang layak dikenalpasti berdasarkan data Miskin Tegar eKasih dan berstatus lulus STR 2023.

Penerima yang layak akan menerima RM100 setiap bulan secara automatik melalui Kad Pengenalan (MyKad) bagi tempoh 6 bulan mulai Julai hingga Disember 2023.

Barangan makanan keperluan asas daripada kategori yang diluluskan boleh dibeli menggunakan Kad Pengenalan (MyKad) penerima di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah seperti berikut.

  • Portal Rasmi : (bantuantunai.hasil.gov.my)
  • 1-800-88-2747 (9 AM-5 PM)
  • 03-8882 4565 / 03-8882 4566

The post Syarat Kelayakan Bantuan SARA RM600 first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Syarat Kelayakan Bantuan SARA RM600

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×