Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cara Semak Wang Tak Dituntut Online

Cara semak Wang Tak Dituntut secara ‘Online’. Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan permohonan dan tuntutan.

Tahukah anda jumlah Wang Tak dituntut (WTD) setakat Mac 2023 adalah berjumlah RM11 bilion dan akan meningkat saban tahun. Jika dahulu anda kena beratur di kaunter untuk membuat semakan, kini anda boleh membuat semakan secara online sahaja.

Sumber: Bernama

Cara Semak Wang Tak Dituntut Online

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan wtd online:

  • Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
  • Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.
  • Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar.
  • Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.
  • Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)
  • Langkah 6 : Klik “Cetak” , jika perlu.

Cara Membuat Tuntutan

WTD boleh dituntut melalui tiga (3) cara iaitu:

Online

  • Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
  • Langkah 2 : Klik pada ruangan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu)
  • Langkah 3 : Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”
  • Langkah 4 : Klik pada “Tambah Penerima” untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian “Simpan”.
  • Langkah 5 : Muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”
  • Langkah 6 : Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan
  • Langkah 7 : Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.

*Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap DISAHKAN.

Kaunter

Hantar permohonan lengkap dengan maklumat WTD yang telah dicetak secara terus ke kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau di mana-mana cawangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

POS

Hantar permohonan lengkap dengan maklumat WTD yang telah dicetak melalui pos di alamat:

Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2,
Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594, Putrajaya

Apakah Maksud Wang Tak Dituntut (WTD)?

WTD ditakrifkan sebagagi wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya, tetapi tidak dibayar dalam tempoh masa lebih setahun dan wang dalam kredit sesuatu akaun telah tidak dikendalikan empunya dengan apa cara sekali pun dalam tempoh lebih 7 tahun

Ia juga ditakrifkan sebagai wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urus niaga dalam satu tempoh masa lebih dua tahun

Cara Menuntut Wang Tak Dituntut (WTD)?

Tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan melalui portal eGUMIS, kaunter JANM di seluruh negara atau melalui mel yang dihantar terus ke pejabat WTD Putrajaya

Cara Membuat Semakan Wang Tak Dituntut (WTD)?

Semakan boleh dibuat melalui laman rasmi Jabatan Akaun Negara https://egumis.anm.gov.my/

Siapa Yang Boleh Membuat Tuntutan WTD?

Individu dan syarikat / firma

Adakah sebarang caj dikenakan bagi setiap permohonan WTD?

Tiada sebarang caj dikenakan untuk permohonan tuntutan WTD

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan semakan dan tuntutan WTD, anda boleh:

  • Menghantar emel ke Pentadbir Sistem eGUMIS di [email protected]
  • Juga menghubungi Call Centre di talian +603 2056 8052/53/54/55
  • Atau menghubungi pejabat di talian 03-2056 8000

The post Cara Semak Wang Tak Dituntut Online first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Cara Semak Wang Tak Dituntut Online

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×