Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bantuan Ibu Tunggal RM100 Cara Mohon

Bantuan Ibu Tunggal RM100 adalah sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dalam bentuk kewangan secara setahun sekali khas kepada rakyat Pulau Pinang.

Program Bantuan Ibu Tunggal adalah merupakan salah satu daripada program yang berada dibawah Program i-Sejahtera Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Program i-Sejahtera adalah sumbangan keprihatinan dan sumbangan penghargaan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Berikut merupakan perkongsian mengenai Program Bantuan Ibu Tunggal.

KADAR BAYARAN BANTUAN IBU TUNGGAL

Berikut merupakan jumlah bayaran untuk Bantuan Ibu Tunggal:

  • RM100 SEKALI untuk SETAHUN.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN IBU TUNGGAL

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan Bantuan Ibu Tunggal:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berdaftar di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Pulau Pinang:
  • KLIK DISINI: SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
  • Kematian Suami ataupun Bercerai
  • Berumur 60 tahun ke bawah semasa mendaftar
  • Tidak berkahwin semula.
  • Mestilah mempunyai sekurang-kurangnya SEORANG ANAK

DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN

Berikut merupakan dokumen sokongan yang perlu disertakan untuk Bantuan Ibu Tunggal:

  • Salinan Kad Kengenalan pemohon.
  • Salinan Kad Pengenalan salah seorang anak.
  • Sijil Kelahiiran salah seorang anak.
  • Salinan Kad Pengenalan waris/ penerima khaiirat.
  • Salinan Sijil Kematian suami/ Dokumen Penceraian/ Dokumen yang berkaitan.
  • Salinan Penyata Bank yang terkini/ Cetakan Pengesahan Akaun/ Penyata perbankan Atas Talian yang jelas menunjukkan tentang nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan Akaun Bank yang dimuat naik adalah Akaun Bank yang aktiif.
  • Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR):
  • KLIK DISINI: CETAK DOKUMEN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA

CARA MOHON BANTUAN IBU TUNGGAL

Berikut merupakan proses pendaftaran untuk Bantuan Ibu Tunggal:

  • Pendaftaran Bantuan Ibu Tunggal dilakukan secara atas taliian di portal rasmi iSejahtera di pautan yang tertera berikut:
    • https://isejahtera.penang.gov.my/
  • Sila klik pada butang PERMOHONAN BARU dan SEMAKAN STATUS. Selepas itu, masukkan nombor Kad Pengenalan dan sila ikuti langkah-langkah yang seterusnya untuk melakukan proses permohonan.
  • Semak nombor Kad Pengenalan
  • Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan Kata laluan.
  • Log Masuk menggunakan nombor Kad Pengenalan dan juga Kata Laluan yang anda telah tetapkan.
  • Lengkapkan Borang Permohonan dan muat naik Dokumen Sokongan.
  • Jika dokumen tidak dimuatnaik menerusi sistem, pemohon mestiilah menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/ Pusat Khidmat KADUN/ Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (Untuk program OKU).

MAKLUMAT LANJUT BANTUAN IBU TUNGGAL

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Bantuan Ibu Tunggal, sila layari laman sesawang I-Sejahtera di pautan yang berikut:

  • https://isejahtera.penang.gov.my/

The post Bantuan Ibu Tunggal RM100 Cara Mohon first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Bantuan Ibu Tunggal RM100 Cara Mohon

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×