Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bantuan RM100 Melalui MyKad Setiap Bulan

Bantuan RM100 Melalui MyKad Setiap Bulan akan diberikan kepada kategori ini. Semak sekarang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bantuan ini.

Kerajaan Malaysia MADANI dalam Belanjawan 2023 telah memastikan langkah yang lebih mampan dalam membantu semua peringkat masyarakat.

Bantuan RM100 Melalui MyKad

Bantuan RM100 Mykad ini adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan sebuah insiatif bantuan tambahan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2023.

Bantuan ini khas ditambah bagi membantu kepada golongan miskin tegar dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) keseluruhan berjumlah RM600 yang merupakan bantuan tambahan bagi Sumbangan Tunai Rakyat (STR) difahamkan akan disalurkan melalui program MyKasih bagi penerima STR yang layak tahun 2023 ini.

Kredit bulanan akan diberi kepada setiap penerima bantuan yang layak untuk mereka membeli keperluan makanan asas dengan cara menggunakan pembelian melalui kad pintar MyKad di pasaraya runcit yang terpilih diseluruh negara.

Tarikh Pembayaran Kredit

Pembayaran bantuan ini dikreditkan ke dalam no akaun yang didaftarkan pada sistem STR yang diberikan melalui MYKAD pada setiap bulan berikut:

  • Julai 2023 – RM100
  • Ogos 2023 – RM100
  • September 2023 – RM100
  • Oktober 2023 – RM100
  • November 2023 – RM100
  • Disember 2023 – RM100

Sabah, Sarawak dan Labuan adalah terkecuali daripada jadual pembayaran ini dimana bayaran akan disalurkan sekaligus (one-off) kepada penerima pada bulan Ogos 2023

Bantuan Dan Tempat Tebus

Sebanyak lebih kurang 250 pasaraya runcit yang telah disenarai sebagai rakan runcit MyKasih diseluruh negara seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) serta beberapa lagi pasar raya dan pasar mini bebas.

MyKasih juga telah menyenaraikan 10 produk asas makanan yang telah diluluskan untuk penerima melakukan pembelian menggunakan kad pintar MyKad seperti beras, mee, roti, biskut, telur, perasa makanan, tepung, minyak masak, makanan dalam tin serta minuman.

Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah

Kelayakan kadar tambahan ini hanya terhad kepada kategori berikut,

  1. Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  2. Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

KATEGORI PENERIMA MyKasih @ SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Berikut merupakan kategori kelayakan untuk penerima Sumbangan Asas Rahmah yang telah ditetapkan.

ISI RUMAH

  • Berkahwin, atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5000 kebawah.

WARGA EMAS TIADA PASANGAN

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had Umur adalah 60 tahun keatas; serta
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5000 kebawah.

BUJANG

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur aadalh sekitar 21 hingga 59 tahun; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2500 kebawah.

SEMAKAN MyKasih

Semakan pendaftaran boleh dilakukan di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my

Untuk yang ingin membuat semakan, sila ikuti langkah-langkah pada pautan seperti berikut.

  1. Layari portal semakan di portal MyKasih : https://apps.mykasih.net/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus
  2. Pada bahagian atas paparan sila klik pada Semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda tanpa (-). Contoh : 88XXXXXXXXXX
  4. Kemudian sila masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah seperti berikut.

  • Portal Rasmi : (bantuantunai.hasil.gov.my)
  • 1-800-88-2747 (9 AM-5 PM)
  • 03-8882 4565 / 03-8882 4566

The post Bantuan RM100 Melalui MyKad Setiap Bulan first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Bantuan RM100 Melalui MyKad Setiap Bulan

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×