Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cara Renew Lesen Memandu Online

Cara Renew Lesen Memandu Online : Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata lesen memandu kini boleh dibaharui untuk tempoh sehingga 10 tahun berbanding lima tahun sebelum ini, bermula 8 Mei 2023.

Beliau berkata, lesen yang boleh dibaharui untuk tempoh 10 tahun mestilah mempunyai tempoh sah laku tidak lebih setahun.

Pembaharuan lesen 10 tahun itu juga akan dikenakan fi istimewa, iaitu percuma untuk tahun ke-10, tambahnya

“Orang ramai akan dibenarkan memperbaharui lesen antara satu sehingga 10 tahun, namun, hanya pembaharuan 10 tahun sekaligus sahaja akan menikmati keistimewaan fi percuma untuk tahun ke-10.”

Menurut Loke, inisiatif ini hanya sah untuk warganegara Malaysia.

Sebelum ini, lesen memandu boleh dibaharui setiap tahun atau maksimum lima tahun.

Cara Daftar MyJPJ

Bermula 1 Ogos 2023 pada hari selasa. Pihak JPJ tidak akan mengeluarkan roadtax fizikal lagi.

Pihak JPJ akan habiskan disk roadtax yang sedia ada & lepas tu jalankan roadtax digital secara menyeluruh. Pastikan anda download aplikasi MyJPJ bagi memudahkan urusan pada masa akan datang.

  1. Download apps MyJPJ
  2. Daftar masuk baharu
    • No Kad Pengenalan
    • Nama Pemilik
    • Masukkan nombor telefon
    • No rujukan : tinggalkan kosong
    • No Siri lesen memandu : rujuk belakang lesen memandu
      (SEKIRANYA Pemilik tiada lesen memandu, perlu ambil no rujukan di Kaunter JPJ ok)
  3. Masukkan email aktif,Mesti aktif sebab password sementara akan masuk di email
  4. Jawab security question (ada 3 soalan)
  5. Setelah berjaya , semak email untuk password sementara.
  6. Pergi ke apps semula dan masukkan username dan password sementara. Ikut arahan seterusnya untuk tukar password baru.
  7. Jika berjaya masuk, boleh semak butiran saman JPJ, Lesen Memandu dan roadtax kenderaan secara online.

Selamat mencuba. Boleh rujuk panduan bergambar di bawah untuk memudahkan anda.

MySikap

mySikap adalah sebuah portal atas talian rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Tidak terhad sekadar renew lesen memandu online, anda juga boleh melakukan pelbagai perkhidmatan dalam talian yang melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu.

Jika anda belum mendaftar, anda boleh merujuk kepada artikel berikut untuk mengetahui kelebihannya dan cara untuk mendaftar kali pertama : MySikap JPJ Login : Pendaftaran ID, Semakan Lesen, Cukai Jalan

Muat Turun Aplikasi MyJPJ

PAUTAN MUAT TURUN APLIKASI_MYJPJ

  1. Google Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info
  2. Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311

Cara Renew Lesen Memandu Online (MySikap / MyJPJ)

Pemegang lesen kenderaan kini boleh memperbaharui lesen memandu secara online sahaja tanpa perlu ke pejabat atau kaunter JPJ lagi.

LANGKAH 1

Pergi ke lawan web MySikap JPJ.

URL mySikap: https://public.jpj.gov.my/public/login.zul

  • ID pengguna adalah nombor IC anda
  • Masukkan kata laluan/password
  • Kod sekuriti adalah aksara yang dipaparkan dalam kotak

LANGKAH 2

Pergi ke menu utama – “Lesen Memandu”.

Kemudian pilih menu seterusnya – “Pembaharuan Lesen Memandu”.

LANGKAH 3

Kemudian anda akan dibawa ke laman Carian.

Sila pilih dari drop down menu, “Lesen Memandu Kompeten” untuk Jenis Lesen.

Di bawahnya ada pilihan tempoh.

Kemudian klik butang “Cari”.

LANGKAH 4

Kemudian laman web ini akan paparkan maklumat lesen anda beserta jumlah bayaran, rate biasa RM30 setahun untuk kelas B2 dan D.

Dekat sini juga akan ada pilihan “Gambar”.

Kalau korang tak suka gambor sekarang leh klik tapi pastu kena gi JPJ lak amek gambor, (tah pape sistem ni kan, bagi jela pilihan uplod gambor), so nak senang korang redho je lah gambar apa yang ada tu, toksah klik kat box Gambar tu then klik Bayar.

LANGKAH 5

Pilih Kaedah Pembayaran, anda boleh menggunakan kad kredit atau FPX iaitu online banking.

Dah pilih, klik Bayar kat bawah tu. Pastikan dan disable popup blocker ya.

Selepas transaksi berjaya, anda akan kembali ke page mySikap dan akan keluar notis “sila ambil lesen anda di JPJ”.

Kalau ada masa boleh pergi, kalau tak, anda boleh juga mendapatkan salinan digital dengan klik pada butang “Cetak Lesen Memandu e-LM”

LANGKAH 6

Untuk dapatkan lesen digital, buka apps MyJPJ > Profil > klik butang “Jana Semula”

Selesai, selamat mencuba.

The post Cara Renew Lesen Memandu Online first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Cara Renew Lesen Memandu Online

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×