Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Biasiswa Yayasan Terengganu

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bahagian Tajaan dan Transformasi Pendidikan Yayasan Terengganu untuk tahun 2021.

Fungsi-fungsi Bahagian Tajaan & Transformasi Pendidikan adalah untuk menawarkan Biasiswa kepada anak negeri Terengganu yang cemerlang untuk mereka menyambung pengajian mereka ke dalam dan luar Negara, menawarkan penajaan kepada anak negeri Terengganu yang mendapat tawaran belajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, menawarkan bantuan kewangan kepada anak Terengganu yang baru memulakan pengajian di IPT dalam dan Luar Negara, menawarkan penajaan kepada semua anak negeri Terengganu yang menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Kerajaan Negeri, dan banyak lagi.

Berikut merupakan perkongsian lanjut mengenai Bantuan Yayasan Terengganu.

BIASISWA YAYASAN TERENGGANU

Yayasan Terengganu ditubuhkan pada 1 Mei 1972 di bawah Enakmen Terengganu Bil. 9 Tahun 1972 untuk membantu kerajaan memajukan industri Pendidikan di negeri ini sebagai wahana utama membangun modal insan.

Tujuan penubuhan ini termaktub dalam Enakmen berkenaan sebagai usaha untuk meningkat, memaju dan memperkembangkan peluang-peluang dan kemajuan-kemajuan pelajar rakyat negeri ini.

JENIS BANTUAN YAYASAN TERENGGANU

BIASISWA

  • Kategori Dalam Negara:
    • Pengajian IPTA Dalam Negara
    • Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Universiti Teknologi Petronas
    • Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan (MBBS) Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
    • Biasiswa Program Profesional ACCA
    • Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Bagi Program Dual Ijazah Universiti Malaysia Pahang – Beijing Jiatong University Dan Tianjin University, China
  • Kategori Luar Negara:
    • Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC) Program Persediaan Luar Negara Dalam Bidang Sains/ Kejuruteraan/ Perakaunan (Tidak Termasuk Perubatan/ Pergigian)
    • Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC) Ijazah Sarjana Muda Perubatan (Jordan) & Pergigian (Mesir/ Jordan)
    • Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC) Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Perbankan Islam) Di Jordan
  • Peringkat Sarjana Dan Doktor Falsafah:
    • Skim Biasiswa Peringkat Sarjana
    • Skim Biasiswa Peringkat Doktor Falsafah (PHD)
    • Skim Biasiswa Doktor Falsafah (PHD) Dalam Bidang Pengajian Islam Di Universiti Al-Azhar, Mesir
    • Skim Biasiswa Doktor Falsafah (PHD) Dalam Bidang Pengajian Islam Di Jordan

PINJAMAN

  • Kategori Dalam Negara:
    • Skim Pinjaman Boleh Ubah Kategori Pelajar Cemerlang Peringkat Ijazah Pertama
    • Skim Pinjaman Boleh Ubah Bagi Program Khas B40
    • Skim Pinjaman Top-Up IPTA
    • Skim Pinjaman Pelajaran One-Off IPTS
    • Skim Pinjaman IPT Kerajaan Negeri
    • Skim Pinjaman Latihan Kemahiran
  • Kategori Luar Negara:
    • Skim Pinjaman Boleh Ubah Peringkat Ijazah Pertama Dalam Bidang Al-Quran Wal Qiraat Di Jordan
    • Skim Pinjaman Boleh Ubah Peringkat Ijazah Dalam Bidang Pengajian Islam Di Emir Abdelkadir University of Islamic Sciences, Constantine, Algeria
    • Skim Pinjaman Boleh Ubah Bagi Peringkat Ijazah Dalam Bidang Pengajian Islam Di Ez-Zitouna University, Tunisia
    • Skim Pinjaman (ONE OFF) Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara

BANTUAN PERSEDIAAN

  • Skim Bantuan Persediaan Ke IPT

CARA MEMOHON & SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN YAYASAN TERENGGANU

Untuk cara memohon dan semakan kelayakan untuk Bantuan Yayasan Terengganu, sila layari laman sesawang Yayasan Terengganu di pautan berikut:

  • LAMAN SESAWANG YAYASAN TERENGGANU
  • LAMAN PENAJAAN BIASISWA YAYASAN TERENGGANU

BANTUAN LAIN YANG DITAWARKAN

Bantuan lain yang disediakan oleh Yayasan Terengganu termasuklah :

  • Pemberian Bantuan Pendidikan :
    • Asrama Yayasan Terengganu Kemaman (AYTK)
    • Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu (PPYT)
    • Biasiswa Kecil Yayasan Terengganu (BKYT) – Bagi sekolah menengah sahaja
    • Bantuan Wang Saku Sekolah Rendah Murid Miskin Berasrama
    • Bantuan Minum Pagi Sekolah Rendah Pendidikan Khas
    • Bantuan Pendidikan STPM
  • Hadiah dan Penghargaan Cemerlang
    • Anugerah Pingat Emas & Hadiah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu
    • Anugerah Sarjana Terengganu

Sebarang aduan boleh dibuat melalui [email protected] atau melalui talian telefon 09-622 1733.

The post Biasiswa Yayasan Terengganu first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Biasiswa Yayasan Terengganu

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×