Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bantuan SARA RM600 One-Off Kepada Kategori Ini

Bantuan SARA RM600 One-Off Kepada Kategori Ini akan disalurkan kepada rakyat Malaysia yang layak.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Mulai Dikreditkan secara berperingkat. Terdapat beberapa penambahbaikan yang dapat dilihat dalam Belanjawan Madani 2023 menerusi STR maksimum sehingga RM3,100 sementara Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) berjumlah RM2,500.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Sumbangan Asas Rahmah serta kategori penerima yang layak dapat RM600 one-off.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM600

Berikut adalah kategori penerima yang layak :

  • Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
    • i. penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
    • ii. mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

SEMAKAN STR TAMBAHAN (E-KASIH)

Berikut adalah cara untuk membuat semakan samada anda layak ataupun tidak bagi menerima STR tambahan ini :

  • Layari portal rasmi e-kasih : https://ekasih.icu.gov.my
  • Masukkan nombor kad pengenalan
  • Tekan butang carian
  • Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.

TARIKH BAYARAN

Kerajaan telah menetapkan 3 kaedah bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima yang layak mengikut negeri secara berperingkat seperti berikut.

(KAEDAH 1)

NEGERI : Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu

KAEDAH BAYARAN : RM100 dikreditkan setiap bulan selama tempoh 6 bulan (Julai sehingga Disember 2023) ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima bermula pada 17 Julai 2023

(KAEDAH 2)

NEGERI : Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor

KAEDAH BAYARAN : RM100 dikreditkan setiap bulan selama tempoh 6 bulan (Julai sehingga Disember 2023) ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima bermula 31 Julai 2023

(KAEDAH 3)

NEGERI : Sabah, Sarawak dan Labuan

KAEDAH BAYARAN : RM600 dikreditkan sekaligus ke akaun bank penerima atau secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara bermula pada OGOS 2023.

Bantuan SARA RM600 One-Off Kepada Rakyat Sabah, Sarawak Dan Labuan

RM600 dikreditkan sekaligus ke akaun bank penerima atau secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara bermula pada OGOS 2023.

Maklumat Lanjut

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.

The post Bantuan SARA RM600 One-Off Kepada Kategori Ini first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Bantuan SARA RM600 One-Off Kepada Kategori Ini

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×