Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pelakon Mat London meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Ahmad Ibrahim atau Mat London, 74, menghembuskan nafas terakhir akibat pelbagai komplikasi penyakit di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 5.57 pagi ini.

Mengesahkan berita duka itu, anaknya, Salmany Akir Ahmad menerusi Facebok, sebentar tadi.

“Sesudah laungan azan subuh… Papa menghembuskan nafas terakhir di hening pagi yang masih sepi di pagi Jumaat,” tulisnya.

Semalam, Salmany juga memuat naik status dalam Facebook memberitahu keadaan Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) semakin nazak.

“Malam ini agak suram dan syahdu. Di kala nak menaip posting ini pun jari jemari terketar-ketar.

“Papa dah tenat dan nazak. Saya mohon semua doakan Papa.

“Papa baik orangnya. Ramai orang senang, sayang dengan Papa.

“Malam ini, aku tengok Papa sudah semakin lemah. Bacaan surah Yassin yang termampu aku buat untuk Papa.

“Kami, anak-anak, menantu dan cucu semua sayang Papa. Kami doakan Papa,” tulisnya.

Mengikut info Biro Kesejahteraan Sosial FDAM, jenazah arwah akan dibawa ke Masjid Taman Melawati, pagi tadi.

Jenazah Allahyarham Mat London dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat, hari ini.

Terdahulu, arwah dirawat di ICU, HKL sejak 16 Jun lalu akibat jangkitan paru-paru dan berada dalam keadaan kritikal.

Menantunya, Muhamad Daniel Ahmad memaklumkan bapa mentuanya juga terpaksa ditidurkan berikutan keadaan paru-paru dan jantungnya sangat lemah.

“Papa dimasukkan ke hospital pada 13 Jun lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru selepas mengadu tidak bermaya.

“Selepas dirawat di wad biasa, papa kemudian dipindahkan ke wad pengasingan. Berikutan keadaan kesihatannya yang semakin merosot, papa dipindahkan ke wad ICU untuk pemantauan rapi.

“Dan keadaan bertambah kritikal selepas papa tidak memberi sebarang tindak balas dan berada dalam keadaan separuh sedar.

“Susulan paras oksigen yang rendah dan kadar degupan jantungnya lemah, papa terpaksa ditidurkan pada 26 Jun lalu,” katanya kepada BH Online.

Tambah Daniel, pengarah filem veteran itu juga mengalami pelbagai komplikasi penyakit lain yang turut menjejaskan kesihatannya.

“Selain jangkitan paru-paru dan keupayaan jantung untuk mengepam darah sangat lemah, papa juga mengalami masalah buah pinggang,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian

The post Pelakon Mat London Meninggal Dunia first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Pelakon Mat London meninggal dunia

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×