Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

KWSP Cadang Perkenal Akaun 3 Dengan Pengeluaran Fleksibel

KWSP Cadang Perkenal Akaun 3 Dengan Pengeluaran Fleksibel

KUALA LUMPUR : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bercadang untuk memperkenalkan Akaun 3 yang membolehkan pengeluaran simpanan dibuat pada bila-bila masa.

Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, berkata Akaun 3 yang dicadangkan itu akan berfungsi Seperti Akaun Simpanan dan ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa.

Beliau berkata, cadangan memperkenalkan akaun itu juga adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.

Katanya, dengan adanya Akaun 3 itu juga bertujuan untuk menarik minat mereka yang dalam sektor tidak formal untuk membuat caruman dengan KWSP.

Pengeluaran Fleksibel Akaun 3 KWSP

“Akaun 3 akan berfungsi seperti akaun simpanan. Ia adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli,” katanya pada taklimat khas KWSP secara maya hari ini.

Mengenai kadar simpanan yang diperuntukkan bagi Akaun 3, Nurhisham berkata, ia mungkin membabitkan antara lima hingga 10 peratus.

Beliau berkata, dengan adanya Akaun 3 yang fleksibel, peratusan caruman bagi Akaun 1 juga akan dinaikkan.

Katanya, ahli juga akan mempunyai opsyen untuk memindahkan dana simpanan daripada Akaun 3 ke Akaun 1 dan Akaun 2.

Nurhisham berkata, dividen bagi Akaun 3 dijangka lebih rendah memandangkan akaun itu berfungsi seperti akaun simpanan.

Struktur skim simpanan KWSP ketika ini bagi ahli berumur bawah 55 tahun terdiri daripada Akaun 1 dan Akaun 2 dengan kadar peratusan 70 peratus dan 30 peratus.

Mulai 1 Januari 2017, ahli yang telah mencapai umur 55 tahun dan masih bekerja akan mempunyai dua akaun iaitu Akaun Emas dan Akaun 55.

Akaun 55 ialah gabungan Akaun 1 dan Akaun 2 apabila mencapai umur 55 tahun dan ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa setelah ahli mencapai umur 55 tahun.

Akaun Emas pula ialah akaun yang diwujudkan setelah ahli berumur 55 tahun dan mana-mana caruman yang diterima selepas ahli mencapai umur itu akan dikreditkan ke akaun berkenaan dan hanya boleh dikeluarkan setelah mencapai umur 60 tahun.

Sumber : https://www.bharian.com.my

The post KWSP Cadang Perkenal Akaun 3 Dengan Pengeluaran Fleksibel first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

KWSP Cadang Perkenal Akaun 3 Dengan Pengeluaran Fleksibel

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×