Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cara Semak STR Fasa 3: Status Bayaran

Cara Semak Str Fasa 3 dikongsikan di halaman ini, bermula 26 Jun lalu Sumbangan Tunai Rahmah telah disalurkan kepada rakyat yang berkelayakan.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat yang memerlukan. Ia dilaksanakan empat kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari masa ke masa.

Untuk menyemak status bayaran dan kelayakan STR Fasa 3 sila ikuti langkah yang dikongsikan di bawah.

Cara Semak STR Fasa 3 Status Dan Kelayakan

Anda boleh membuat semakan dengan cara berikut:

  1. Layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Login ke dalam MYSTR dengan menggunakan nombor kad pengenalan.
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 3 (jika layak)
  4. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 3 Masukkan kata laluan

Contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan adalah seperti imej dibawah.

Contoh

Lupa Kata Laluan STR

Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.

Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan Kata Laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.

Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:

  1. Layari laman web STR di pautan
  2. Klik “Terlupa Kata Laluan“
  3. Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
  4. Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
  5. Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
  6. Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
  7. Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
  8. Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Maklumat Lanjut

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) adalah agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan penyaluran STR. Anda boleh menghubungi LHDN melalui emel di [email protected] atau melalui telefon di 1-800-88-2747.

The post Cara Semak STR Fasa 3: Status Bayaran first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Cara Semak STR Fasa 3: Status Bayaran

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×