Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bantuan e-Tunai Belia Rahmah RM 200 Cara daftar dan Tebus App Setel

Bantuan e-Tunai Belia Rahmah RM 200 Cara Daftar Dan Tebus App Setel. Setel telah dilantik sebagai salah satu penyedia perkhidmatan e-Dompet program Etunai Belia Rahmah yang akan dikreditkan 26 Jun ini.

Penebusan kredit RM200 ini boleh dilakukan melalui tiga perkhidmatan e-dompet di Malaysia, iaitu Boost, Setel dan juga Touch n Go eWallet.

Kerajaan menyatakan pendaftaran dan tuntutan boleh dibuat bermula 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023 kelak. Syarikat penyedia e-dompet juga dijangka menawarkan sejumlah insentif tambahan kepada pengguna melalui bentuk baucar, pulangan tunai, atau diskaun mata ganjaran sepanjang tempoh ini.

Kredit RM200 ini boleh digunakan di peruncit atau peniaga yang menerima bayaran secara kod QR DuitNow. Kredit yang diterima adalah terhad untuk dibelanjakan secara “offline” sahaja, dan perlu dibelanjakan sebelum 31 Ogos 2023.

e-TUNAI BELIA RAHMAH CARA DAFTAR DAN TEBUS DALAM APLIKASI SETEL

Cara Penebusan

Permohonan / penebusan kredit eBelia Rahmah boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun salah satu platform e-dompet berikut dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :
    a. Boost
    b. Setel
    c. Touch ‘n Go eWallet
  2. Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut. Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti secara electronic Know-Your-Customer (eKYC)
  3. Isi maklumat yang diperlukan pada paparan penebusan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar” di aplikasi e-dompet yang telah dimuat turun
  4. Status tuntutan akan dimaklumkan dalam masa 3 hari
  5. Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah sekali daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBeliaRahmah

Cara penebusan e-Tunai secara terperinci akan dimaklumkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet yang terbabit dalam masa terdekat.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18-20 tahun pada 2023; atau berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan di Malaysia*

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan info terkini, sila rujuk laman web rasmi Portal Belanjawan 2023 Malaysia Madani : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/ebeliarahmah.html

The post Bantuan e-Tunai Belia Rahmah RM 200 Cara daftar dan Tebus App Setel first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Bantuan e-Tunai Belia Rahmah RM 200 Cara daftar dan Tebus App Setel

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×