Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bantuan Pas Perjalanan MY50

Bantuan Pas Perjalanan MY50 adalah pas perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk MRT, BRT, Rapid KL LRT, Monorail, bas Rapid KL dan juga bas perantara MRT di Lembah Klang.

Susulan daripada kelemahan nilai Ringgit Malaysia pada tahun 2023 ini, pelbagai sektor ekonomi di Malaysia mengalami kenaikan kos harga yang mendadak, salah satunya adalah kos pengangkutan.

Berikut merupakan perkongsian lanjut mengenai Bantuan Pas Perjalanan My50.

Bantuan Pas Perjalanan MY50

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengangkutan telah memperkenalkan pas My50, sebuah pas tanpa had untuk pengguna perkhidmatan Rapid KL.

Pas baharu yang berharga RM50/bulan ini akan menggantikan pas My30 semasa (RM30/bulan) mulai 1 Januari 2022.

Pas ini hanya tersedia untuk rakyat Malaysia dan pas pengangkutan ini boleh didapatkan di semua Kaunter Khidmat Pelanggan LRT, MRT, Monorel, BRT dan hab-hab bas terpilih.

KELAYAKAN UNTUK PAS MY50

Berikut merupakan kelayakan untuk Pas My50:

  • Hanya warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad ataupun MyTentera yang sah untuk layak membeli My50 di Lembah Klang dan juga Pas Mutiara untuk Pulau Pinang.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PAS MY50

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk Pas My50:

  • Kad Pengenalan (MyKad)/ MyTentera yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go

TEMPOH PERMOHONAN PAS MY50

Berikut merupakan tempoh permohonan Pas My50:

  • Pas My50 ini tersedia untuk pembelian dari tarikh 15 Februari 2023 sehinggalah kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Kelebihan pas My50

Bergantung kepada di mana lokasi, manfaat pas perjalanan ini mungkin berbeza seperti yang berikut:

  1. Lembah Klang: My50 ialah pas perjalanan tanpa had yang menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had di Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas pengantara MRT di Lembah Klang.
  2. Pulau Pinang: My50 Mutiara Pass menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua rakyat Malaysia dengan perkhidmatan bas Rapid Penang.
  3. Kuantan: My50 tidak tersedia untuk perkhidmatan Rapid Kuantan.

Cara pembelian

a) Anda boleh membeli My50 dari Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL di:

  • semua stesen LRT
  • semua stesen MRT
  • semua stesen Monorel
  • semua stesen BRT

Hab bas terpilih seperti yang disenaraikan di bawah:

  • Pasar Seni
  • Chow Kit
  • KLCC
  • Sri Nilam
  • Puchong Utama
  • Pearl Point
  • Sunway Pyramid
  • Greenwood
  • Seksyen 2 Shah Alam

b) Kiosk Rapid Penang seperti yang disenaraikan di bawah:

  • Komtar
  • Weld Quay (Terminal B)
  • Penang Sentral
  • Bukit Jambul
  • Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit)
  • Kompleks Dato’ Kailan (Kepala Batas)
  • Balik Pulau
  • Bukit Mertajam

PERMOHONAN PAS MY50

Untuk memohon Pas My50, sila layari laman sesawang Bajet Menteri Kewangan di pautan berikut:

  • KLIK DISINI: LAMAN SESAWANG BAJET MENTERI KEWANGAN

Untuk maklumat lanjut mengenai pas My50 ini, sila layari laman rasmi MyRapid.

The post Bantuan Pas Perjalanan MY50 first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Bantuan Pas Perjalanan MY50

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×