Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

STR FASA 3 Semakan Status Kelayakan Penerima Bayaran

STR FASA 3 Semakan Status Kelayakan penerima bayaran dikongsikan di halaman ini. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dan Fasa 2 telah dilaksanakan pada Januari dan April lalu.

Bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah diagihkan pada 17 Januari dan 5 April 2023. Seramai 8.7 juta golongan B40 telah menerima bayaran bermula RM100 sehingga RM300.

Kerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang semakan status STR Fasa 3.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

STR FASA 3 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

STR FASA 3 Semakan Status Kelayakan. Sekiranya anda ingin membuat semakan, semakn boleh dilakukan melalui web rasmi iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat semakan, berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)

Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022. 

Selain itu, anda juga boleh membuat semakan dengan :

  • Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
  • Menghubungi LHDM
  • Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia
  • Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Contoh infografik

JADUAL & TARIKH BAYARAN

Seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini akan melalui 4 fasa bayaran.

Bayaran STR fasa 1 dan 2 telagpun dilaksanakan. Bagi Fasa ketiga pula, ianya akan mula dilaksanakan pada :

  • JULAI 2023

Walaubagaimanapun, tiada tarikh spesifik diumumkan. Pihak kami jangkakan bayaran akan diawalkan.

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 3

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

MAKLUMAT LANJUT

  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim STR 2023
  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim Pembayaran STR Fasa 2

Klik butang berwarna biru dibawah untuk mengikuti perkongsian bantuan-bantuan kerajaan terbaru.

The post STR FASA 3 Semakan Status Kelayakan Penerima Bayaran first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

STR FASA 3 Semakan Status Kelayakan Penerima Bayaran

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×