Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bantuan Subsidi Yuran Taska RM180

Bantuan Subsidi Yuran Taska sebanyak RM180 diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi meringan sedikit beban kepada para ibu bapa.

Para ibu bapa yang bekerja sebagai penjawat awam dapat menerima bantuan ini dengan memenuhi syarat tertentu.

Kadar bantuan subsidi ini dibayar terus kepada pengusaha Taska oleh agensi di mana pegawai tersebut berkhidmat.

Bantuan Subsidi Yuran Taska RM180

Pemberian yuran subsidi sebanyak RM180 bagi seorang anak bagi meringankan beban yang ditanggung oleh penjawat awam yang perlu menghantar anak ke Taska.

Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah pegawai Perkhidmatan Awam dinaikkan daripada RM5,000.00 kepada RM7,000.00 sebulan.

Sekiranya kadar yuran melebihi RM180.00 sebulan untuk seorang anak, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai berkenaan.

Kelayakan

  • Penjawat awam bergaji RM7,000 ke bawah
  • Anak berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska
  • Hanya TASKA di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan JKM

Cara memohon

  • Pegawai yang mahu mendapatkan subsidi ini hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.
  • Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut.
  • Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut:
    • Salinan penyata gaji
    • Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak
    • Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara
    • Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri
    • Salinan penyata gaji suami/isteri
    • Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai
  • Untuk memohon, sila muat turun Lampiran A bagi mendapatkan Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Taska.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam

Untuk mengetahui soalan lazim, sila layari Soalan Lazim Subsidi Yuran Pengasuhan Taska

The post Bantuan Subsidi Yuran Taska RM180 first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Bantuan Subsidi Yuran Taska RM180

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×