Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

E-Kasih 2023 Bantuan Kewangan Bernilai RM600 Telah Diumumkan

E-Kasih 2023 Bantuan Kewangan Bernilai RM600 Telah Diumumkan dimana salah satu inisiatif dalam program Sumbangan Tunai Rahmah yang diutarakan oleh kerajaan baharu.

Dalam intipati Belanjawan 2023, menerusi Sumbangan Tunai Rahmah, kategrori isi rumah yang benar-benar terkesan akan mendapat manfaat yang lebih dengan data e-Kasih.

Bantuan kewangan bernilai RM600 ini adalah terdiri daripada kategori isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.

Tarikh Bantuan E-Kasih 2023 Bantuan Kewangan Bernilai RM600

Bantuan tambahan ini akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023.

Sila rujuk jadual berikut :

Jadual pembayaran

Semakan e-Kasih 2023 Tambahan RM600

Bagi mengetahui sama ada nama anda tersenarai dalam data eKasih, sebagai penerima tambahan RM600 Sumbangan Tunai Rahmah (STR), semakan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut;

  • Masukkan nombor kad pengenalan (tanpa – ) contoh 85010101551
  • Klik untuk carian

Nama yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat berikut;

  • Nama
  • KIR / AIR
  • Nama KIR
  • Status Daftar
  • Negeri
  • Daerah

Bagi semakan ekasih untuk kategori ahli isi rumah (AIR) iaitu sama ada isteri atau anak, boleh menyemak melalui nombor kad pengenalan mereka untuk mengetahui status e-kasih.

STR TAMBAHAN RM600

Berikut adalah kategori penerima yang layak :

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :

  • i. penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
  • ii. mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

Syarat Kelayakan Penerima e-Kasih Bantuan Kewangan Bernilai RM600

Kelayakan penerima tambahan RM600 ini adalah kategori isi rumah yang tersenarai di bawah kategori miskin tegar dalam rekod data e-Kasih (ICU JPM).

Semakan untuk data e-Kasih boleh dibuat sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini.

Maklumat Lanjut

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.

Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

The post E-Kasih 2023 Bantuan Kewangan Bernilai RM600 Telah Diumumkan first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

E-Kasih 2023 Bantuan Kewangan Bernilai RM600 Telah Diumumkan

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×