Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

TERKINI: Bantuan RM1000 Untuk Anak Yang Lahir Bermula Tahun 2019

Bantuan RM1000 untuk anak yang Lahir Bermula Tahun 2019 telah diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti.

Bantuan ini juga sebuah simpanan khusus untuk anak-anak kelahiran Sarawak dikenali sebagai Endowment Fund Sarawak (EFS).

Bantuan RM1000 Untuk Anak, Endownment Fund Sarawak (EFS)

EFS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan pemberian sebanyak RM1,000 dalam bentuk simpanan amanah kepada setiap kelahiran anak sarawak bermula pada tahun 2019, tanpa mengira bangsa, agama atau statu sosio-ekonomi.

Ia bertujuan untuk membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.

Kadar Bantuan EFS

Jumlah bantuan yang diberikan berjumlah RM1,000 dalam bentuk simpanan.

  1. Syarat Kelayakan Bantuan EFS
  2. Berikut merupakan syarat kelayakan untuk bantuan EFS:
  3. Warganegara Malaysia
  4. Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak
  5. Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang MyKAD berstatus “K”; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran.

Kategori anak angkat:

  1. Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKAD berstatus “K” 
  2. Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah

Cara Membuat Permohonan Bantuan EFS

Permohonan boleh dibuat di kesemua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Sarawak dengan membawa:

  1. Borang permohonan EFS – Muat Turun Borang
  2. Salinan sijil lahir bayi
  3. Salinan MyKAD/Biometrik ibu atau bapa yang berstatus “K”

**Salinan hendaklah disahkan oleh pegawai JPN

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh layari laman web isarawakcare atau hubungi talian KPWKK di 082-442050

The post TERKINI: Bantuan RM1000 Untuk Anak Yang Lahir Bermula Tahun 2019 first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

TERKINI: Bantuan RM1000 Untuk Anak Yang Lahir Bermula Tahun 2019

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×