Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Permohonan e-Pengeluaran KWSP Tahun 2023

Permohonan e-Pengeluaran KWSP adalah salah satu jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi mana mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.

e-Pengeluaran KWSP : Panduan & Syarat Permohonan

E-Pengeluaran kwsp adalah pengeluaran secara dalam talian melalui laman web rasmi KWSP bagi ahli yang mempunyai i-Akaun.

Sebenarnya pencarum dibenarkan untuk melakukan pengeluaran KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan untuk membina atau ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.

Saluran Permohonan

  • I-Akaun (Ahli) – Ahli yang berdaftar sebagai pengguna i-Akaun boleh membuat permohonan pengeluaran secara dalam talian.
  • I-Akaun (Rakan Niaga) – ahli hadir ke premis Rakan Niaga KWSP untuk membuat permohonan pengeluaran secara dalam talian.

Daftar/kemaskini nombor telefon bimbit untuk penerimaan Transaction Authorisation Code (TAC) di kaunter/kios KWSP.

Jenis e-Pengeluaran KWSP

Bagi anda yang belum tahu, kini anda boleh buat pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP bagi urusan-urusan berikut;

  • Pengeluaran untuk membeli rumah
  • Pengeluaran untuk membina rumah
  • Pengeluaran untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah
  • Rawatan perubatan
  • Pengeluaran untuk menyelesaikan PTPTN
  • Pengeluran untuk pendidikan

Syarat Kelayakan

Syarat membuat permohonan e-Pengeluran adalah seperti berikut:

  • Ahli warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  • Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
  • Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
  • Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpana / Semasa ahli atau rakan strategik KWSP

Cara Membuat e-Pengeluaran KWSP Online

Untuk membuat pengeluaran Akaun 2 bagi tujuan-tujuan di atas, anda boleh buat secara online melalui e-pengeluaran. Anda perlu Daftar i-Akaun terlebih dahulu untuk menggunakan e-pengeluaran. Rujuk cara membuat pengeluaran – DI SINI

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut, anda boleh layari www.kwsp.gov.my

The post Permohonan e-Pengeluaran KWSP Tahun 2023 first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Permohonan e-Pengeluaran KWSP Tahun 2023

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×