Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Polis Kesan Pemandu Lawan Arus di LTU Raub Bypass

Sejak semalam tular video memaparkan beberapa pengguna lebuhraya yang membuat pusingan U di Lebuhraya Lingkaran Utama (LTU) Raub Bypass termasuk perakam video.

Susulan video yang tular, pihak polis kini sedang giat mengesan pemandu yang terlibat.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, buat masa ini, pihaknya tidak dapat memastikan nombor pendaftaran Kenderaan pemilik kenderaan yang merakam video berkenaan.

“Walau bagaimanapun, selepas pemerhatian dari video tersebut, terdapat beberapa buah kenderaan yang dapat dikesan selepas melakukan pemeriksaan melalui aplikasi Mysikap JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) bagi membantu siasatan.

“Manakala semua kenderaan lain yang terlibat dalam video tersebut termasuk pemilik video sedang dikesan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sumber : Sinar Harian



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Polis Kesan Pemandu Lawan Arus di LTU Raub Bypass

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×