Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Gempa Bumi 7.4 Magnitud Landa Timur Taiwan, Amaran Tsunami Buat Jepun

Gempa bumi besar dengan magnitud 7.4 melanda pantai timur Taiwan, hari ini sekali gus menyebabkan Amaran Tsunami di selatan Jepun dikeluarkan.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS), pusat gempa terletak kira-kira 18 kilometer (11 batu) di selatan bandar Hualien.

Agensi Meteorologi Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami untuk pulau Miyakojima dan Okinawa serta amaran ombak setinggi tiga meter dijangka berlaku dalam masa terdekat.

Sementara itu di Tokyo, penerbangan di lapangan terbang utama selatan Jepun, iaitu Okinawa ditangguhkan berikutan amaran tsunami.

Operasi di Lapangan Terbang Naha digantung dari jam 9.25 pagi, menurut pegawai Kementerian Pengangkutan.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Gempa Bumi 7.4 Magnitud Landa Timur Taiwan, Amaran Tsunami Buat Jepun

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×