Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Penderitaan Isteri Diculik, Didera Selama 10 Hari Kerana Hutang Suami

Georgetown: Angkara suami tidak bayar hutang, seorang wanita melalui detik mencemaskan apabila diculik, dikurung dan diseksa selama 10 hari di sebuah rumah.

Wanita malang itu kemudian berjaya diselamatkan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, JSJ Pulau Pinang dan JSJ Selangor, Ahad lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata, terdahulu seorang lelaki Indonesia membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Selangor, mendakwa isterinya yang sedang bercuti di Georgetown, diculik sekumpulan individu tidak dikenali.

Katanya, lelaki berkenaan mendakwa isterinya dikurung dan dicederakan di lokasi yang tidak diketahui dan suspek meminta wang berjumlah RM540,000 bagi melepaskan Mangsa.

“Bertindak atas maklumat, mangsa diselamatkan dalam Op Scorpion menerusi serbuan terhadap sebuah rumah di Shah Alam, Selangor, pada jam 5.10 pagi.

“Mereka menggunakan kenderaan berlainan untuk membawa mangsa ke Shah Alam supaya pergerakan sukar dikesan.

“Turut diselamatkan ialah seorang lagi lelaki yang mendakwa dikurung kerana gagal menjelaskan hutang dan kedua-dua mangsa masing-masing berusia 36 dan 27 tahun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Kok Chin berkata, susulan itu pada hari yang sama antara jam 6 pagi hingga 10.30 malam, polis berjaya menahan 14 suspek yang disyaki terbabit dalam kes itu.

Katanya, mereka terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita warga tempatan serta dua lelaki warga asing yang berusia antara 23 hingga 70 tahun.

“Mereka ditahan di sekitar Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor dan ujian saringan air kencing terhadap semua suspek didapati negatif dadah manakala lima daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Kesemua suspek termasuk dalang yang berusia 35 tahun direman selama tujuh hari sehingga 23 September bagi membantu siasatan,” katanya lagi.

Antara yang dirampas ialah empat kereta, telefon bimbit, pengikat kabel (cable tie), jarum, batang besi, rantai besi, getah paip dan wang tunai berjumlah RM4,800.

Beliau berkata, siasatan mendapati pengadu yang bekerja sebagai kontraktor di Malaysia itu berhutang dengan suspek dan sudah menjelaskan sebanyak RM50,750 menerusi dua transaksi namun mangsa masih tidak dibebaskan.

Katanya, terdapat kesan cedera pada badan kedua-dua mangsa dipercayai akibat didera suspek semasa dikurung.

“Terdapat kesan luka pada tangan mangsa dipercayai dicucuh dengan puntung rokok manakala kuku pula diumpil menggunakan jarum selain kaki dan tangan turut diikat menggunakan pengikat kabel serta rantai besi.

“Polis masih menjalankan siasatan sama ada suspek mempunyai kaitan dengan sindiket along. Hutang perlu dijelaskan, tetapi cara yang dilakukan suspek tidak wajar,” katanya.

Mangsa kini masih dirawat di hospital serta berada dalam keadaan stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

Semalam, Harian Metro Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan mendapati warga asing itu terbabit satu urus niaga namun ia terbengkalai di tengah jalan menyebabkan ahli keluarganya diculik.

Sumber: Harian Metro

The post Penderitaan Isteri Diculik, Didera Selama 10 Hari Kerana Hutang Suami first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Penderitaan Isteri Diculik, Didera Selama 10 Hari Kerana Hutang Suami

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×