Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pelanggan Kecewa Tomyam Tiada Rasa Lansung Sehingga Tinggalkan Nota

Gara-gara tidak berpuas hati dengan rasa masakan panas yang dipesannya di sebuah kedai makan, seorang Pelanggan bertindak untuk menegur dengan meninggalkan sekeping nota di atas meja.

Menurut hantaran Makan Sedap di Facebook, pelanggan tersebut mengadu mengenai rasa masakan panas tom yam yang kurang rasa berbanding sebelumnya.

“Sudah dua kali saya datang, dua-dua datang tak sedap macam dulu dah. Tom yam apa ini, tak ada rasa masam, pedas, manis, lemak. Cuma rasa udang kering je lebih, sedihnya,” tulis pelanggan itu di dalam satu nota.

Cara teguran yang dibuat oleh pelanggan tersebut dilihat lebih sopan dan berlapik selain dapat menjaga air muka pengusaha kedai makan itu.

“Siapa nak tegur tetapi malu-malu boleh buat surat Macam Ini. Harap dia masak sedap sikitlah selepas ini, tulis bukan main lagi macam ini. Tegur sebab sayang, jangan salah faham,” katanya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan beradab yang diambil pelanggan tersebut selain ia dapat mengelakkan sebarang pertelingkahan antara penjual.

“Buat macam ini pun bagus, bagi dekat tauke sendiri. Tetapi harap-harap dapat terima dengan hati terbukalah. Ya lah, pelanggan bukannya marah dengan memalukan tauke dan staf kedai makan pun kan,” komen Ga Su.

“Lebih baik teguran macam ini jadi tuan kedai yang sendiri tahu masalah masakkan dia dari kita tegur depan-depan aibkan saja,” kata Ibrahim Ayim. 

Sumber: Kosmo

The post Pelanggan Kecewa Tomyam Tiada Rasa Lansung Sehingga Tinggalkan Nota first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Pelanggan Kecewa Tomyam Tiada Rasa Lansung Sehingga Tinggalkan Nota

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×