Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pelajar Tingkatan 3 Dirogol Warga Rohingya Sebelum Ditinggalkan Di Taman Permainan

MELAKA, 20 September- Dua lelaki warga Rohingnya ditahan berhubung dakwaan merogol seorang gadis bawah umur di Melaka.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, kedua-dua suspek masing-masing berusia 14 tahun dan 27 tahun.

Tangkapan dibuat berikutan laporan polis yang Dibuat Oleh Abang mangsa di balai polis Batang Tiga pada 15 September lalu.

“Laporan itu dibuat oleh abang mangsa berusia 22 tahun dengan mendakwa adiknya berusia 15 tahun dan masih bersekolah itu dirogol selepas hilang dari rumah pada pukul 2 petang pada 14 September.

“Pemeriksaan perubatan oleh Hospital Melaka juga mengesahkan koyakan baru di selaput dara mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan.

Zainol berkata, siasatan awal menunjukkan mangsa mula berkawan dengan suspek yang lebih muda melalui WhatsApp pada 13 September.

“Suspek berusia 14 tahun itu menjemput mangsa dan Kemudian Membawa Mangsa menaiki motosikal untuk berjumpa seorang lagi suspek di sebuah restoran di Klebang pada 14 September lepas.

“Kedua-duanya kemudian membawa mangsa ke pantai berhampiran menaiki kereta yang dipandu suspek sebelum dakwaan rogol berlaku. Mangsa kemudiannya dibawa ke Taman Permainan di Batu Berendam sebelum ditinggalkan di situ,” katanya.

Jelas Zainol, mangsa ditemui ketika merayau-rayau di taman permainan oleh rakan abangnya yang membantu mencari remaja perempuan itu kira-kira pukul 2 pagi pada 15 September.

Beliau berkata kedua-dua suspek adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“Suspek remaja itu tidak bersekolah manakala seorang lagi bekerja sendiri. Kedua-duanya direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan,”katanya.

The post Pelajar Tingkatan 3 Dirogol Warga Rohingya Sebelum Ditinggalkan Di Taman Permainan first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Pelajar Tingkatan 3 Dirogol Warga Rohingya Sebelum Ditinggalkan Di Taman Permainan

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×