Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Harga Beras Naik Beri Kesan Kepada Peningkatan Zakat Fitrah Terengganu

KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) tidak menolak kemungkinan Kadar Zakat Fitrah bagi umat Islam di negeri ini akan meningkat pada tahun depan.

Yang diPertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, kenaikan itu didorong oleh kenaikan Harga Beras di pasaran tempatan sejak akhir-akhir ini.

Beliau berkata, kebiasaannya kadar Zakat Fitrah biasanya bergantung kepada tinjauan harga beras di pasaran dalam tempoh antara dua hingga tiga bulan sebelum tibanya bulan Ramadan.

“Kita akan melihat harga beras yang sering dimakan oleh rakyat untuk dibawa ke dalam mesyuarat penetapan kadar zakat fitrah yang sesuai.

“Seterusnya, ia akan dipersembahkan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum diisytiharkan selepas mendapat perkenan baginda,” katanya di Taman Tamadun Islam di sini hari ini.

Terdahulu beliau melancarkan potongan zakat berjadual dan sesi libat urus pemerkasaan pengoperasian Maidam.

Pada Ramadan lalu, zakat fitrah bagi Terengganu ditetapkan pada kadar RM8, RM10 dan RM24 seorang mengikut jenis beras yang dimakan setiap hari. 

Sumber: Kosmo

The post Harga Beras Naik Beri Kesan Kepada Peningkatan Zakat Fitrah Terengganu first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Harga Beras Naik Beri Kesan Kepada Peningkatan Zakat Fitrah Terengganu

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×