Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Majlis Belum Mula Lagi, Seorang Makcik Sibuk Mahu Tapau Lauk Kenduri

PETALING JAYA – Satu rakaman video seorang tetamu kenduri bertekak dengan pekerja katering kerana enggan membenarkannya membungkus Dan Membawa Pulang lauk yang disediakan, tular di media sosial.

Rakaman video berdurasi 44 saat itu turut memperlihatkan wanita tersebut membawa sendiri bekas makanan dan memberikannya kepada pekerja katering untuk diisi lauk kenduri.

Permintaannya kira-kira pukul 10.30 pagi itu bagaimanapun ditolak oleh pekerja katering dengan baik atas alasan majlis baru bermula.

“Dia orang kan (penganjur kenduri) dah bayar. Makcik nak dua, tiga jenis lauk saja,” kata wanita tersebut.

Pekerja katering namun memberitahu, mereka tidak dimaklumkan Oleh Tuan Rumah supaya membungkus makanan untuk mana-mana tetamu.

“Tak boleh makcik. Kalau dah akhir-akhir (kenduri) bolehlah bungkus. Kami tidak dimaklumkan apa-apa oleh tuan rumah. Pengurus kami pun tak cakap apa-apa.

“Kami tidak boleh buat sesuka hati. Nanti kita orang yang kena. Kami boleh saja ‘tapaukan’, tapi sekarang baru nak mula,” kata pekerja tersebut.

Insiden itu menjadi bahan bualan netizen apabila ramai membidas sikap wanita tersebut yang disifatkan sebagai tidak malu dan tidak beradab.

“Aku cukup meluat jenis ini. Jenis tak tahu malu, tiada adab. Majlis tak habis lagi galak nak ‘tapau’ makan. Dapat pada aku, memang aku ‘semboq’ depan muka,” kata Bella Ayob.

Maeriam Maeriam pula berkata, tetamu dijemput untuk makan di majlis kenduri, bukan untuk Membungkus Dan Membawa pulang makanan.

“Tuan rumah jemput makan kenduri. Bukan suruh tapau sekali. Pelik betul jenis tak malu macam ini,” katanya. 

Sumber: Kosmo

The post Majlis Belum Mula Lagi, Seorang Makcik Sibuk Mahu Tapau Lauk Kenduri first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Majlis Belum Mula Lagi, Seorang Makcik Sibuk Mahu Tapau Lauk Kenduri

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×