Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Stesen LRT Dibanjiri Orang Ramai ‘Bersarong’ Sejak 6 Pagi Lagi

PETALING JAYA – Beberapa stesen tren perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu negara telah mulai sesak Sejak Awal Pagi tadi sejurus ‘diserbu’ peserta Program Keretapi Sarong 2023 sempena sambutan Hari Malaysia.

Dalam satu hantaran di TikTok, peserta program tersebut telah mula berkumpul dari 6 pagi di stesen-stesen LRT yang terlibat untuk berkumpul sebelum bergerak bersama-sama ke destinasi utama iaitu di Dataran Merdeka.

Lebih menarik, kesungguhan yang ditonjolkan orang ramai yang tampil mengenakan busana Sarong Dan Etnik masing-masing selain ada juga yang berjaya menarik perhatian dengan bersahaja membawa tuala dan baldi bagi memeriahkan lagi suasana.

Selain menjadi trending sejak awal pagi, acara yang dinantikan setiap tahun itu juga mendapat pujian ramai kerana dianggap berjaya memupuk perpaduan dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

“Bagus generasi sekarang, kekalkan acara sebegini. Yang terhebat sebab ada semua kaum, kita kan semua rakyat Malaysia,” tulis Intan Maizura.

Program Keretapi Sarong merupakan kendalian pertubuhan bukan kerajaan (ngo) LOCCO dimulakan sekitar 2014 membabitkan ribuan peserta menaiki pengangkutan awam dengan memakai kain sarung sama ada batik atau pelekat yang menjadi simbol kebudayaan dan warisan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Terdahulu, media melaporkan lebih 10,000 orang dijangka menyertai acara Keretapi Sarong 2023 bagi menggayakan pakaian Sarong dan etnik lain di beberapa lokasi tumpuan seluruh negara pada hari ini sempena Hari Malaysia.

Stesen tren yang terlibat pada tahun ini termasuk Putrajaya Sentral (KLIA Transit), Subang Jaya (LRT), Bandar Utama (MRT), Ampang (LRT), Gombak (LRT), Kajang (MRT) dan KL Sentral (LRT). 

Sumber: Kosmo

The post Stesen LRT Dibanjiri Orang Ramai ‘Bersarong’ Sejak 6 Pagi Lagi first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Stesen LRT Dibanjiri Orang Ramai ‘Bersarong’ Sejak 6 Pagi Lagi

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×