Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Penyamun ‘Parcel’ Di Teluk Gadong Besar, Terpengaruh Trend Jenayah Amerika

PETALING JAYA – Penduduk di kawasan Telok Gadong Besar, Klang diminta berwaspada ekoran tular video kecurian bungkusan hantaran oleh dua individu menaiki kereta jenis Perodua Kancil.

Menerusi ciapan @jllmisai di aplikasi X, video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsi pemilik rumah, kejadian tersebut berlaku semalam kira-kira pukul 5.26 petang.

Dalam rakaman CCTV tersebut, kereta berkenaan kelihatan bergerak perlahan sebelum memberhentikan kereta.

Kemudian, seorang individu keluar dari kereta itu dan mengambil kesemua barang yang ditinggalkan di atas tembok rumah berkenaan.

“Senang betul hidup.. Kerja malas, tapi pusing taman ‘rembat’ (curi) bungkusan orang.

“Hati-hatilah penduduk Klang terutama Teluk Gadong Besar tu, penyamun ni masih belum ditangkap,” tulisnya.

Sehingga kini ciapan tersebut mendapat 1,308 ulang ciap dan 617 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati kegiatan mencuri bungkusan barangan mula dilakukan di Malaysia selepas ia berlaku di negara-negara luar seperti Amerika Syarikat.

“Diorang terikut-terikut dengan trend di Amerika Syarikat ni. Kat sana hampir setiap hari bungkusan barang kena curi,” ciap Norhisyam.

“Biasa tengok orang Amerika Syarikat buat perangai macam ni. Rakyat Malaysia sudah mula terikut,” ciap Bruh.

“Aku selalu suruh ‘rider’ campak je dalam pagar. Tapi selalunya diorang letak tepi lampu macam dalam video sebab tidak mahu campak dalam pagar. Haih risau jadi macam ni. Minta dijauhkan,” komen Asfa.

“Peringatan untuk siapa yang kerja hantar barang tu, pastikan letak barang dalam pagar atau tempat tersorok. Macam dalam video ini pun tuan rumah ada sediakan bakul. Letak banyak-banyak atas temboh memang mengundang untuk dicuri,” komen seorang pengguna lain. 

Sumber: Kosmo

The post Penyamun ‘Parcel’ Di Teluk Gadong Besar, Terpengaruh Trend Jenayah Amerika first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Penyamun ‘Parcel’ Di Teluk Gadong Besar, Terpengaruh Trend Jenayah Amerika

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×