Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

“Happy Birthday Kak Ngah Yang Ke-24 Tahun” – Ucapan Bapa Buat Nurin Jazlin

PETALING JAYA – Ucapan Selamat Hari Lahir dibuat bapa Nurin Jazlin, kanak-kanak perempuan yang ditemui maut di dalam sebuah beg sukan 14 tahun lalu di Facebook, mengundang sebak orang ramai.

Jazimin Abdul Jalil dalam satu hantaran di Facebook, Mengucapkan Selamat Hari lahir kepada Nurin Jazlin yang memasuki usia ke-24 tahun sekiranya masih hidup pada 11 September lalu.

“Happy birthday (selamat hari lahir) Kak Ngah yang ke-24 tahun. Dipinjam pada 11 September 1999, dipulangkan kembali pada 17 September 2007. Selamat ulang tahun, Al-Fatihah,” tulisnya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna turut mengucapkan selamat hari ulang tahun selain memberi kata-kata semangat kepada bapa kanak-kanak itu.

“Bermainlah di syurga wahai bidadari syurga. Kita yang tiada pertalian sekadar saudara seagama sampai sekarang rasa hiba. Semoga keluarga terus kuat dan reda atas pemergian. Kepada pelaku, sesungguhnya mahkamah Allah SWT itu pasti,” kata Sofea.

“Tak pernah terlepas ikuti kisah adik Nurin. Sedih bila teringat, semoga pelaku diberi balasan setimpal,” kata Mazlina.

“Al-Fatihah sayang. Teringat anak sepupu, Sharlini. Tak lama lepas Nurin diculik. Sampai sekarang, tak tahu nak cakap luka dan sakitnya macam mana,” luah Diana.

Terdahulu, Nurin Jazlin dilaporkan hilang ketika keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, kira-kira pukul 8 malam pada 20 Ogos 2007.

Penjenayah yang dikatakan menculiknya menyumbat mayat mangsa dalam beg sukan sebelum ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya.

Sumber: Kosmo

The post “Happy Birthday Kak Ngah Yang Ke-24 Tahun” – Ucapan Bapa Buat Nurin Jazlin first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

“Happy Birthday Kak Ngah Yang Ke-24 Tahun” – Ucapan Bapa Buat Nurin Jazlin

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×