Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bunuh Penjawat Awam Ganggu Isterinya, Jurutera Berdepan Hukuman Mati

TANAH MERAH, 14 September- Seorang jurutera syarikat perkapalan didakwa di Mahkamah Majistret, Tanah Merah, hari ini atas pertuduhan membunuh Penjawat Awam yang dipercayai mengganggu isterinya di Machang pada 3 September lalu.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad dan tertuduh, Harun Narresat Ibrahim, 46 sekadar mengangguk faham.

Mengikut pertuduhan, Harun Narresat didakwa membunuh penjawat awam, Tuan Mohd Salleh Tuan Ibrahim, 51, di hadapan sebuah kedai makan dI Machang pada 3 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pengarah Pendakwa Raya Kelantan, Muhammad Zaki Abdul Kudos dan tertuduh diwakili peguam, Tengku Shazuan Tengku Shariffudin. 

Mahkamah kemudiannya menetapkan 13 November depan untuk sebutan semula kes dan laporan kimia serta forensik dan kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Dalam kejadian pada 3 September lalu, seorang penjawat awam maut selepas berlaku pergaduhan di kedai makan Jalan Lama Pasir Puteh-Machang, di hadapan hospital Machang Kelantan. 

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah.

The post Bunuh Penjawat Awam Ganggu Isterinya, Jurutera Berdepan Hukuman Mati first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Bunuh Penjawat Awam Ganggu Isterinya, Jurutera Berdepan Hukuman Mati

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×