Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Peniaga Ikan Bakar Tidak Boleh Ditegur, Biadap Layan Pelanggan

PETALING JAYA – Seorang wanita terkilan selepas dilayan secara biadab oleh pemilik gerai makan yang dipercayai terletak di utara tanah air.

Menurut hantaran wanita tersebut di laman Twitter, pemilik gerai yang dikunjunginya berang selepas pengguna tersebut menegur tentang layanan yang tidak memuaskan.

“Macam ini ya layan pelanggan? Dari awal memang biadab. Ambil order pun asal boleh, hendak senyum jauh sekali. Apabila ditegur baik-baik, terus mengamuk.

“Dalam video ini, saya sendiri yang kena (marah). Lepas buat pesanan, ada antara kami yang hendak tukar. Tapi owner cakap pada pekerja lain, hang layan kejap, banyak sangat tanya.

“Selepas melakukan pembayaran, saya sempat menegur pemilik kedai dan memintanya untuk melayan pelanggan dengan lebih baik pada masa hadapan,” katanya.

Berang dengan teguran tersebut, pemilik gerai bertindak mencampak duit wanita tersebut ke atas meja sebelum memberi amaran supaya lebih bersopan ketika bercakap.

Tambah pengguna tersebut, pemilik kedai juga mengugut mahu memukulnya dan menularkan wajahnya di laman sosial sebelum menanggalkan selipar untuk dibaling ke arah pengguna tersebut.

“Saya bukannya tidak mahu bayar, cuma saya kecewa dengan layanan yang diterima. Teguran tersebut supaya mereka (pihak penjual) dapat lakukan penambahbaikan.

“Orang berniaga bukan sehari dua. Lagipun, janganlah anjaya pelanggan. Pelanggan kan punca rezeki,” katanya dalam hantaran sama.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 11,900 tanda suka dan 3.2 juta tontonan. 

Sumber: Kosmo

The post Peniaga Ikan Bakar Tidak Boleh Ditegur, Biadap Layan Pelanggan first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Peniaga Ikan Bakar Tidak Boleh Ditegur, Biadap Layan Pelanggan

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×