Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Peserta Sedih RXZ Kesayangan Dalam Balai, Mahu Pihak Berkuasa Beri Kelonggaran

PETALING JAYA – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Itulah perasaan dialami oleh peserta Himpunan RXZ Member 5.0 di Gong Badak, Kuala Nerus, Kuala Terengganu apabila motosikal kesayangan mereka disita dan ‘dikurung’ dalam pagar Pihak Berkuasa.

Menerusi beberapa klip video yang dikongsi di media sosial, kelihatan beberapa peserta sedih apabila motosikal mereka ditahan pihak berkuasa atas pelbagai kesalahan.

Ini kerana difahamkan, ada yang telah berhabis ribuan, malah mencecah puluhan ribu ringgit untuk menyiapkan motosikal mereka semata-mata untuk hadir ke acara tersebut.

Menurut mereka, kejadian tersebut sepatutnya tidak berlaku dan pihak berkuasa perlu memberi sedikit kelonggaran semasa acara itu berlangsung.

Malah kata mereka, Tindakan Pihak Berkuasa mengepung tapak himpunan itu adalah tidak adil untuk peserta yang hadir.

Difahamkan, lebih 40,000 peserta Himpunan RXZ Member 5.0 yang berlangsung di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu menyertai program pada Jumaat dan Sabtu lalu itu.

Bagaimanapun, beberapa pengguna mempertahankan tindakan pihak berkuasa dan menyalah pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan.

“Pastikan ada lesen dan roadtax (cukai jalan), kalau tak ada memang kena ‘pukat’ la,” tulis Ragu Perianan.

“Takut apa kalau tak buat salah, kalau lari dari polis tu mesti buat salah,” kata Suffian Rahmat.

Sementara itu, ada juga pengguna memberitahu supaya pihak berkuasa bertolak ansur dan melihat contoh penganjuran yang dibuat negara jiran.

“Pergi acara motor negara Siam (Thailand), tengok macam mana kerajaan Siam sokong dan macam mana pula kerajaan kita buat.

“Dah nama pun acara motor sokonglah, nak saman nak cari salah masa lain banyak lagi, polis tunggu kat jalan, langgar lampu ke berlumba ke baru tangkap. Ini setakat modi (ubah suai) pejam matalah sekejap,” tulis Safi Said.

Terdahulu Kosmo! melaporkan lebih 100 motosikal Yahama RXZ milik individu yang mahu menyertai himpunan di Gong Badak, disita polis atas pelbagai kesalahan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, operasi penguatkuasaan itu diambil menerusi Op Bersepadu di seluruh negeri ini selama empat hari bermula Khamis lalu.

Beliau berkata, tindakan tegas terpaksa diambil setelah mendapati sebahagian penunggang motosikal RXZ tersebut melakukan kesalahan trafik. 

Sumber: Kosmo

The post Peserta Sedih RXZ Kesayangan Dalam Balai, Mahu Pihak Berkuasa Beri Kelonggaran first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Peserta Sedih RXZ Kesayangan Dalam Balai, Mahu Pihak Berkuasa Beri Kelonggaran

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×