Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Nadeera Tarik Nafas Lega Bakal Ditaja Untuk Muzik Video Terbaru, Emas

Kuala Lumpur: Juara Big Stage 2023, Nadeera mengakui sudah tidak boleh berdiam diri selepas dilabel sebagai ‘pengemis’ daripada seorang pengikut di Instagram susulan kerap memuat naik hantaran mencari penajaan untuk muzik video single terbaharunya, Emas.

Nadeera berkata, sewaktu membaca mesej yang dihantar dia berasa amat tertekan sehingga tidak fikir panjang dan tampil mempertahankan dirinya di media sosial itu.

“Ketika itu, saya agak murung dan emosi agak terganggu. Jadi, saya tak fikir panjang dan muat naik hantaran itu. Saya terpaksa cakap juga dan tak boleh berdiam lagi.

“Selama ini saya kerap terima mesej peribadi orang bercakap mengenai fizikal saya. Jadi kali ini saya kena bercakap juga. Tidak dinafikan ada mesej hinaan yang dihantar oleh pengguna akaun palsu dan sebenar,” katanya.

Menurut Nadeera, dia tidak menyangka selepas membuat luahan di media sosial dia mendapat berita gembira apabila terdapat pihak yang sudah mula bertanya untuk berkolaborasi.

“Kalau ikutkan, saya pun masih baru di dalam industri ini dan perlukan bantuan. Apa yang saya buat (hantaran mencari penajaan) tak salah tapi ada pula yang tidak senang duduk.

“Saya agak sedih kerana saya bukan mengemis. Saya hanya buat perkara yang betul.

“Alhamdulillah, saya menerima pelbagai maklum balas positif dan kini saya temui hampir empat potensi penaja. Insya Allah kita akan berjumpa untuk perbincangan susulan,” katanya.

Dalam masa sama, Nadeera berkata, kos pembikinan muzik video menelan belanja kurang RM100,000 dan belum dapat menggunakan wang kemenangan Big Stage 2023 kerana masih dalam proses.

“Saya hanya sekadar usaha daripada saya berdiam diri dan menunggu peluang tiba. Saya perlu berusaha untuk mencapai sesuatu.

“Mungkin saya sudah bekerja keras sebelum ini tapi Allah nak saya berusaha lebih lagi.

“Jadi, ini adalah antara perkara yang saya lakukan untuk ketengahkan karya saya ini. Namun, maklum balas yang tak sedap pula saya terima,” ulasnya lagi.

Terdahulu, Nadeera bakal membuat kemunculan pertama di Konsert Patah Hati 2.0 yang akan berlangsung pada 23 November ini di Zepp, Kuala Lumpur.

Selain Nadeera, lima lagi selebriti terkenal bakal memeriahkan konsert ini antaranya Naim Daniel, Ismail Izzani, Aisha Retno, Neeta dan Bunkface.

Sumber: Harian Metro

The post Nadeera Tarik Nafas Lega Bakal Ditaja Untuk Muzik Video Terbaru, Emas first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Nadeera Tarik Nafas Lega Bakal Ditaja Untuk Muzik Video Terbaru, Emas

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×